Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengarah Pusat Bahasa Melayu S'pura Noh Daipi bersara

Nov 23, 2020 | 06:48 PM





PENGARAH Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS), Encik Mohamed Noh Daipi akan bersara pada 31 Disember ini.



Bakal pengarah MLCS, Cik Norhayati Awang, 43 tahun akan mengambil alih jawatan tersebut mulai  1 Januari depan.



Cik Norhayati merupakan bekas naib pengetua Sekolah Menengah Mayflower sebelum ini.



Encik Noh, 62 tahun, yang telah menerajui pucuk pimpinan MLCS selama 10 tahun sejak penubuhan pusat tersebut pada 2010.



Mengumumkan persaraannya semasa berucap dalam Majlis Ulang Tahun ke-10 MLCS pada Isnin (23 November), Encik Noh berkata beliau akan bersara selepas 36 tahun berkhidmat dalam bidang pendidikan.



“Saya gembira kerana akan bersara semasa MLCS berada dalam keadaan yang baik berkhidmat untuk guru, pelajar dan kemajuan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu,” katanya.



Sebelum menjadi pengarah MLCS, beliau merupakan guru selama enam tahun di antaranya di Maktab Rendah Temasek, sebelum berpindah menjadi Nazir Khas Bahasa Melayu dan Pegawai Kurikulum dan Penolong Pengarah di Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum.



Di bawah pucuk pimpinan Encik Noh, MLCS telah menawarkan kursus-kursus yang amat relevan dan terkini setanding dengan pedagogi yang dijalankan subjek lain seperti Amalan Pengajaran Singapura, Pengajaran Pembezaan, Pembelajaran Berasaskan Inkuiri dan Penilaian Formatif.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >