Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengarah syarikat Singapura didakwa membekalkan barangan mewah ke Korea Utara

Jul 20, 2018 | 12:12 PM



PENGARAH syarikat Singapura dihadapkan ke mahkamah semalam atas dakwaan membekalkan barangan mewah seperti alat muzik, wain dan minyak wangi ke Korea Utara. 



Menurut akhbar The Straits Times, Ng Kheng Wah, 55 tahun, dikatakan terlibat dalam konspirasi dengan syarikat perdagangan borong T Specialist International dengan dua individu lain, Sherly Muliawan dan Li Ik, untuk melakukan kesalahan itu. 



Tiada butiran diberikan mengenai Muliawan dan Li dalam dokumen mahkamah. 



Di bawah sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), barangan mewah dilarang dijual kepada Korea Utara sejak 2006. 



Singapura juga telah melarang penjualan barangan ini kepada Korea Utara untuk beberapa tahun. 



Ng merupakan pengarah T Specialist International dan syarikat perdagangan borong yang lain, OCN (Singapura). 



Ng menghadapi 161 tuduhan manakala T Specialist International menghadapi 88 tuduhan. 



Ng ditawarkan jaminan $500,000 dan akan kembali ke mahkamah pada 30 Ogos. 



Jika didapati bersalah di bawah Akta PBB, Ng boleh dipenjara hingga lima tahun dan disaman $100,000 bagi setiap kesalahan. 





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >