Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Pengarah syarikat yang merogol teman wanita anaknya berkata beliau mula mengadakan hubungan seksual sejak berusia 13 tahun

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pengarah syarikat yang merogol teman wanita anaknya berkata beliau mula mengadakan hubungan seksual sejak berusia 13 tahun

Mar 10, 2018 | 04:43 PM

SEORANG pengarah syarikat berusia 47 tahun yang telah merogol bekas teman wanita anak lelakinya, dikatakan telah mengadakan hubungan seksualnya yang pertama semasa berusia 13 tahun dengan pembantu rumah keluarganya pada masa itu. 

Beliau telah memberitahu perkara tersebut kepada ahli psikiatri pemerintah selepas beliau ditangkap. 

Lelaki itu memberitahu ahli psikiatri bahawa bapanya telah mengadakan hubungan dengan beberapa wanita yang akan dibawa pulang ke rumah, dan ibunya sebelum itu pernah menelan pil berlebihan untuk mengatasi tekanan disebabkan kecurangan bapanya. 

Butiran tersebut muncul dalam Mahkamah Tinggi Jumaat lalu (9 Mac) apabila mantan perunding Institut Kesihatan Mental, Bharat Saluja memberikan keterangan bahawa yang tertuduh tidak mengalami sebarang masalah mental pada masa kesalahan tersebut dilakukan. 

Dr Saluja mempertikaikan pendapat pakar psikiatri pihak pertahanan Tommy Tan yang telah membuat kesimpulan dalam laporan bahawa tertuduh mengalami gangguan kemurungan pada masa itu akibat pelbagai tekanan di tempat kerja dan di rumah. 

Pada hari Selasa (6 Mac), lelaki itu, yang tidak boleh dinamakan di bawah perintah sekatan bersuara (gag order) akui telah mengadakan hubungan seksual bersama remaja wanita tersebut sekitar satu setengah tahun sejak beliau berumur antara 11 dan 13 tahun. 

Dia telah menemui gambar bogel remaja tersebut, yang penah dihantar remaja wanita itu kepada anaknya di Facebook, dan menghubunginya, kononnya untuk berbual mengenai perpisahannya dengan anak lelakinya. 

Namun, dia telah membawa remaja darjah lima itu dalam kereta di hotel Copthorne King dan merogolnya dalam bilik yang telah disewa. 

Walaupun pada mulanya berasa marah, remaja wanita itu kemudiannya suka akan lelaki tersebut dan terus menemuinya untuk melakukan hubungan seks di hotel dan bumbung kondominiumnya. 

Walaupun dia akui bersalah kepada dua tuduhan rogol bawah umur, pihak peguam bela ingin menggunakan laporan psikiatri yang menyatakan bahawa dia mempunya masalah kemurungan. 

Kes tersebut dijangka kembali ke mahkamah Jumaat depan. 


 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3