Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried diberkas di Bahamas

Dec 14, 2022 | 05:30 AM



NASSAU: Pengasas bersama dan bekas ketua pertukaran aset digital FTX, Sam Bankman-Fried, telah ditangkap di Bahamas kelmarin, selepas pendakwa raya Amerika Syarikat memfailkan tuduhan jenayah.



"Penangkapan SBF (Sam Bankman-Fried) berikutan penerimaan pemberitahuan rasmi daripada Amerika Syarikat bahawa ia telah memfailkan tuduhan jenayah terhadap SBF dan berkemungkinan akan meminta ekstradisinya," kata kerajaan Bahamas dalam satu kenyataan.



Penahanan Bankman-Fried menyusuli pemberitahuan dari Amerika bahawa ia telah memfailkan tuduhan jenayah terhadapnya, kata peguam negara Bahamas dalam satu kenyataan.



Pihak berkuasa kedua-dua negara telah menyiasat penglibatannya dalam kejatuhan syarikat itu pada November.



Dalam satu kenyataan, peguam Amerika bagi Daerah Selatan New York, Encik Damian Williams, berkata penangkapan itu dibuat atas permintaan pemerintah Amerika.



Bankman-Fried dijadual memberi keterangan di Kongres semalam mengenai kejatuhan FTX, yang merupakan salah satu firma paling berkuasa dalam industri kripto yang baru muncul sehingga ia meletup hampir semalaman bulan lepas selepas banyak penyimpan mengeluarkan dana mereka dan mendedahkan kehilangan $8 bilion dalam akaun.



Pendakwa raya Daerah Selatan New York mengesahkan bahawa Bankman-Fried telah didakwa.



Secara berasingan, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa berkata dalam satu kenyataan bahawa ia telah membenarkan pertuduhan "berkaitan dengan pelanggaran undang-undang sekuriti kami oleh Bankman-Fried".



Tuduhan jenayah terhadap Bankman-Fried termasuk penipuan dalam talian, konspirasi penipuan dalam talian, penipuan sekuriti, konspirasi penipuan sekuriti dan pengubahan wang haram, kata seseorang yang mengetahui perkara itu.



Bankman-Fried, yang merupakan satu-satunya orang yang didakwa dalam pendakwaan itu, telah ditahan oleh pihak berkuasa Bahamas, kata orang itu.



Dia ditangkap selepas 6 petang di kompleks apartmennya di pusat peranginan Albany di Bahamas, menurut kenyataan polis Bahamas. Masa bila Bankman-Fried mungkin dipindahkan ke Amerika Syarikat tidak jelas.



Bankman-Fried memberi kerjasama semasa penangkapan itu, menurut seseorang yang tahu perkara itu, dan akan ditahan semalaman di dalam sel di balai polis.



Jurucakap Bankman-Fried enggan mengulas. Encik Nicholas Biase, seorang jurucakap pejabat peguam Amerika, juga enggan mengulas.



Lebih 100 entiti berkaitan FTX memfailkan perlindungan kebankrapan Amerika pada 11 November.



Syarikat itu dan Bankman-Fried sedang menghadapi siasatan di Amerika dan Bahamas, di mana terletaknya ibu pejabat syarikat itu, terhadap pelbagai kemungkinan salah laku.



Satu pertanyaan penting ialah sama ada dana pelanggan telah dipinjamkan kepada firma perdagangan Alameda Research, yang turut diasaskannya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >