Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengasas Gereja City Harvest dibebaskan dari penjara

Aug 22, 2019 | 12:54 PM



PENGASAS Gereja Harvest City, Kong Hee, dibebaskan dari penjara pada Khamis (22 Ogos) selepas menjalani hukuman atas tuduhan menyalahgunakan berjuta-juta dolar dana gereja.



Dia dibebaskan sehari sebelum dia menyambut hari lahirnya yang ke-55.



Hukuman Kong adalah yang paling panjang di kalangan lima lagi pemimpin gereja yang terlibat dalam kes menyalahgunakan $50 juta dana gereja, dalam kes penyalahgunaan dana amal terbesar yang pernah dicacat dalam sejarah Singapura.



Hukuman penjara Kong telah dikurangkan dari lapan tahun kepada tiga tahun setengah selepas rayuan.



Hukuman yang dihadapi pemimpin gereja itu yang lain turut dipendekkan. 



Mereka adalah: bekas timbalan paderi kanan Tan Ye Peng, bekas pengurus kewangan Serina Wee dan Sharon Tan, bekas ahli jawatankuasa kewangan John Lam dan bekas pengurus dana Chew Eng Han.



Keenam-enam mereka telah didakwa dan disabit kesalahan pecah amanah sebagai ejen di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan pada 2015, selepas perbicaraan selama 140 hari.



Mereka diberi hukuman penjara sepanjang tempoh dari 21 bulan hingga lapan tahun.



Encik Kong dibebaskan selepas dipenjarakan selama dua tahun dan empat bulan.



Penghuni penjara biasanya diberi peringanan hukuman satu per tiga tempoh penjara mereka kerana berkelakuan baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >