Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengasas kumpulan antivaksinasi mohon maaf hasut pengikut banjiri talian awam

Dec 01, 2021 | 05:30 AM



PENGASAS kumpulan antivaksinasi, yang tidak menggalak orang ramai mendapatkan suntikan Covid-19, telah meminta maaf kerana meminta pengikutnya supaya membanjiri talian penting awam dengan panggilan telefon.



Dalam catatan di Facebook kelmarin, Cik Iris Koh, pengasas kumpulan Telegram Healing the Divide, berkata:



"Meminta orang ramai agar membanjiri pusat panggilan tanpa sebab yang tulen pastinya salah.



"Saya ingin minta agar semua orang memahami dan memaafkan saya jika saya tidak mengendalikan perkara ini dengan betul."



Beliau membuat komen itu pada 11 Oktober sebelum pengenalan langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi (VDS), yang tidak membolehkan orang tidak divaksinasi menjamu selera di pusat penjaja dan kedai kopi pada hujung minggu itu.



Pada 9 Oktober, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata penggunaan VDS adalah langkah untuk melindungi individu tidak divaksinasi dalam masyarakat dan mengurangkan tekanan pada sistem penjagaan kesihatan.



Kelmarin, Cik Koh mengesahkan dia sedang membantu polis dalam siasatan.



Khamis lalu, polis berkata mereka sedang menyiasat seorang lelaki berusia 48 tahun dan seorang wanita berusia 45 tahun kerana didakwa menghasut orang lain agar menghubungi dan membanjiri talian awam, termasuk membantu orang ramai dengan isu Covid-19.



Akhbar The Straits Times difahamkan bahawa kedua-duanya ialah Cik Koh, 45 tahun, dan Encik Raymond Ng, 48 tahun.



Polis berkata mesej yang dihantar oleh pasangan itu menggalak orang ramai agar menghubungi talian MOH, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan talian National Care, serta menggesa agar maklum balas mereka dikemukakan kepada pengurus pusat panggilan masing-masing.



"Anggota (kumpulan) juga digalak agar menghubungi talian semula pada hari berikutnya untuk mendapatkan maklum balas mengenai panggilan yang mereka buat,'' kata polis.



Jika didapati bersalah menghalang tugas pegawai awam, pasangan itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga bulan, denda sehingga $2,500 atau kedua-duanya sekali.



Sesiapa sahaja yang menggalak orang awam melakukan kesalahan sedemikian atau jumlahnya melebihi 10 orang boleh dihukum penjara sehingga lima tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.



Polis berkata mereka tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang mengganggu dan membanjiri operasi pusat panggilan penting atau menggalak orang lain agar berbuat demikian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >