Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR SYAWAL: Kian ramai peraga busana Melayu

Pengasas Tanjak Mahkota SG sedia kembangkan warisan yang kian menghilang

Jun 17, 2019 | 05:30 AM



DAHULU pemakaian tanjak sering dikaitkan dengan majlis perkahwinan, persembahan tarian ataupun dalam pertandingan silat.



Kini ada yang memulakan trend menggunakan tanjak semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri.



Mungkin sesuatu yang baru bagi segelintir tetapi penggiat busana Melayu seperti Encik Muhammad Fairuz Zazali, pengasas Tanjak Mahkota SG by Bin Mansor, bersedia mengambil segala peluang yang ada untuk mengembangkan warisan yang semakin menghilang itu.



"Apabila saya pergi keluar membuat kunjungan dengan pakaian Melayu yang lengkap, lagi-lagi dengan tanjak, orang akan menunjukkan minat mereka.



"Sekarang dah tak banyak yang gayakan pakaian Melayu dengan lengkap pun, jadi apabila saya datang dengan tanjak dan samping mereka akan tertarik dan ingin tahu lebih lanjut mengapa saya ingin berpakaian seperti ini," kata Encik Fairuz, 28 tahun.



Minat dan semangat membara Encik Fairuz bermula apabila beliau melihat gaya pakaian guru silatnya.



"Guru silat saya sering memakai pakaian yang lawa. Tiada satu pun daripada baju Melayunya yang ada di pasaran. Semuanya ditempah dan beliau sangat bergaya.



"Ia menimbulkan minat pada diri saya dan menjadi inspirasi kepada saya." kata Encik Fairuz.



Selain perniagaan dalam talian, beliau telah menyewa sebuah gerai di bazar Geylang Serai sewaktu bulan puasa dan menjual tanjak-tanjak dan baju Melayu keluaran Tanjak Mahkota SG.



"Selalunya, orang ramai akan membeli tanjak yang dibuat daripada songket penuh tetapi untuk tahun ini, saya lihat yang ada jumlah besar orang yang membeli tanjak yang dibuat daripada kapas polos.



"Pada mulanya, untuk bazar tahun ini, kami membuat jangkaan untuk menjual 90 tanjak tetapi pada hari terakhir, kami menjual sebanyak 200 tanjak," tambah Encik Fairuz lagi.



Pelanggan Tanjak Mahkota SG ada yang tua dan yang muda. Ada bapa-bapa yang membuat tempahan tanjak bagi bagi anak lelaki mereka yang semuda dua tahun.



"Saya ingin menjadikan Tanjak Mahkota SG ini bukan sekadar satu perniagaan, malah saya ingin menimbulkan minat antara orang awam dan dengan pengetahuan yang ada, saya dapat berkongsi bersama mereka lebih tentang busana tradisional Melayu," kata Encik Fairuz.



Selain perkongsian secara fizikal dan di media sosial, Encik Fairuz telah mengadakan satu pertandingan memakai busana di Hari Raya dalam talian dan tiga penyertaan yang terbaik telah dipilih oleh guru beliau di Malaysia, pengasas Tanjak Mahkota di Malaysia dan juga adik perempuannya.



Pemenang telah beliau umumkan di akaun Instagram Tanjak Mahkota SG.



"Ada beberapa syarat yang harus ada pada tanjak itu untuk menjadi tanjak yang sempurna. Saya menerima sambutan yang sangat memberangsang, dengan sebanyak 75 penyertaan di Singapura.



"Dengan perkara-perkara seperti ini, saya dapat melebar-luaskan trend menggunakan busana Melayu tradisional seperti tanjak dan baju kurung potongan asli," tambahnya lagi.



Beliau harap dengan usahanya mengembalikan semula minat dan cinta kepada busana Melayu ini, lebih ramai akan terdedah dan berminat, tidak kira umur.



Apabila ditanya tentang harapannya, Encik Fairuz berkata:



"Saya pasti ada yang berminat dan ingin tahu lebih lanjut tentang busana Melayu, cuma tiada wadah yang sesuai.



"Saya harap dalam beberapa tahun, lebih ramai yang memahami kisah di sebalik busana Melayu dan menghayatinya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >