Subuh
5:33
Syuruk
6:56
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
6:59
Isyak
8:14
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengasas Trek 2000 dipenjara kerana manipulasi akaun

Oct 12, 2022 | 05:30 AM



PENGASAS syarikat yang mencipta pemacu pena (thumb drive), Henn Tan, dijatuhi hukuman penjara setahun empat bulan kerana melakukan penipuan perakaunan semalam.



Bekas Ketua Eksekutif Trek 2000 International, sebuah syarikat disenaraikan di papan utama Bursa Singapura (SGX) yang berusia 66 tahun itu telah mengaku bersalah pada Ogos lalu atas lima tuduhan yang melibatkan konspirasi untuk memalsukan akaun, memalsukan dokumen dan menipu juruaudit luar.



Empat lagi tuduhan serupa diambil kira untuk menjatuhkan hukuman.



Mahkamah mendengar bahawa Tan, yang merupakan warga Singapura, telah berkomplot antara 2006 dengan 2011 dengan Ketua Pegawai Kewangan ketika itu, Gurcharan Singh untuk memalsukan penyata kewangan Trek 2000 berkaitan dengan pendapatan pelesenan.



Jenayah mereka dirahsiakan selama bertahun-tahun sehingga juruaudit Trek 2000, Ernst & Young (EY) mendapati Tan dan tertuduh bersamanya telah mengubah suai buku itu untuk tahun kewangan 2015.



Tan sedar pada masa itu bahawa prestasi syarikat untuk tahun kewangan 2015 akan menjadi suram dan bersekongkol dengan beberapa pegawai kanan untuk meningkatkan hasil dan keuntungan operasi sebelum cukai dengan memalsukan jualan AS$3.2 juta ($4.6 juta) - disertakan dengan dokumen sokongan palsu.



EY bagaimanapun, mendapati bahawa dokumen bank yang mereka terima telah dipalsukan dan mula menjalankan prosedur audit selanjutnya, termasuk pengimejan forensik komputer riba dan komputer Gurcharan, Presiden Jualan Wilayah Foo Kok Wah, dan bekas Pengarah Eksekutif Poo Teng Pin .



Kes Foo dan Singh belum selesai, manakala Poo telah dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan, manakala Tan mendapat hukuman penjara setahun tujuh bulan.



Timbalan Pendakwa Raya Encik Suhas Malhotra berkata jenayah tertuduh telah menjejaskan integriti pasaran kewangan dan sekuriti.



"Dengan memanipulasi akaun dan mengeluarkan maklumat palsu, Tan telah mengelirukan orang ramai yang melabur dan menjejaskan rejim berkanun yang memastikan akaun yang dikeluarkan kepada orang ramai adalah selamat dan boleh dipercayai," katanya.



Trek 2000 dimulakan sebagai sebuah firma milik keluarga yang menjual komponen elektronik di Geylang. Selepas 15 tahun bekerja di firma Jepun, Sanyo, dan menjadi pengarah, Tan meletak jawatan dan membeli Trek pada harga $1 juta.




"Dengan memanipulasi akaun dan mengeluarkan maklumat palsu, Tan telah mengelirukan orang ramai yang melabur dan menjejaskan rejim berkanun yang memastikan akaun yang dikeluarkan kepada orang ramai adalah selamat dan boleh dipercayai."
- Timbalan Pendakwa Raya Encik Suhas Malhotra.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >