Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengasas Twelve Cupcakes dikenakan tuduhan akta kerja

Dec 30, 2020 | 05:30 AM



PENYIAR radio tempatan Daniel Ong Ming Yu dan bekas model Jaime Teo Chai Lin dihadapkan ke mahkamah semalam atas kesalahan di bawah Akta Pekerjaan Tenaga Kerja Asing berkaitan rantaian pastri syarikat Twelve Cupcakes, yang diasaskan mereka.



Mereka masing-masing menghadapi 24 pertuduhan. Mahkamah diberitahu bahawa Teo merancang mengaku bersalah pada 26 Januari depan. Kes Ong ditangguhkan hingga hari itu.



Awal bulan ini, syarikat itu, di bawah pemilik baru Dhunseri Group, mengaku bersalah terhadap 15 tuduhan membayar pekerja kurang pada 2017 dan 2018, suatu kesalahan di bawah akta tersebut.



Sejumlah 14 tuntutan serupa lain akan dipertimbangkan oleh Hakim Daerah, Encik Adam Nakhoda, semasa menjatuhkan hukuman, yang dijangka pada 7 Januari depan.



Dokumen mahkamah menyatakan tujuh pekerja itu pemegang S-Pass pada waktu kesalahan tersebut dilakukan. Tidak dinyatakan apakah mereka masih bekerja bersama syarikat tersebut.



Walaupun gaji bulanan tetap mereka antara $2,200 hingga $2,600, mereka dibayar hanya sekitar $1,400 hingga $2,050 oleh syarikat itu.



Menurut dokumen mahkamah, Twelve Cupcakes pada mulanya memasukkan gaji yang kurang itu terus ke akaun bank pekerja.



Namun, mereka kemudian mengubah taktik dan membayar pekerja gaji penuh mereka mulai Mei 2018, namun para pekerja itu kemudian diberitahu bahawa mereka harus mengembalikan sebahagian gaji mereka kepada syarikat secara tunai.



Twelve Cupcakes melakukan itu supaya dapat menyembunyikan jejak kesalahannya, kata pendakwa Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Encik Maximilian Chew, sambil meminta mahkamah menjatuhkan denda $127,000.



Beliau berkata Twelve Cupcakes akan terus membayar kurang gaji pekerjanya sekiranya kesalahanny tidak diketahui.



Syarikat itu diasaskan oleh Ong and Teo, yang kini bekas isterinya, pada 2011. Ia diambil alih oleh Dhunseri Group yang berpangkalan di Kolkata pada harga $2.5 juta pada 2016.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >