Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:10
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengasingan pemandu kerana Covid-19: LTA, operator bas tinjau langkah perkemas khidmat, tangani masalah tenaga kerja

LTA
Sep 10, 2021 | 11:27 PM



PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) dan empat operator pengangkutan sedang meninjau langkah bagi memastikan penyediaan khidmat penting buat penumpang diteruskan di luar usaha memperkukuh langkah pengurusan selamat bagi melindungi pemandu bas.



Dalam kenyataan bersamanya pada Jumaat (10 September), LTA, SBS Transit, SMRT dan Tower Transit, berkata sedang kebanyakan pemandu bas ini sudah menjalani vaksinasi lengkap, mereka yang dijangkiti Covid-19 tidak menunjukkan sebarang tanda jangkitan atau hanya mempunyai tanda ringan.



Bagaimanapun, mereka masih perlu memantau protokol perubatan agar diasingkan bagi pemulihan penuh.



"Operator pengangkutan awam dan pemandu bas kami telah melakukan yang terbaik bagi mengekalkan tahap khidmat mereka kini. Ini termasuk pemandu bas yang dengan sukarela kembali bekerja pada cuti rehat mereka.



"Bagaimanapun, memandangkan langkah ini tidak boleh sepenuhnya menggantikan kehilangan tenaga kerja, operator bas kami telah memanjangkan jarak perjalanan bagi sesetengah khidmat bagi memastikan pemandu kami mempunyai masa rehat secukupnya," jelas kenyataan itu lagi.



Penumpang dinasihati agar mengambil kira masa menunggu bas lebih lama apabila merancang perjalanan mereka.



Melihat pada situasi yang dinamik, sesetengah khidmat bas mungkin melihat masa menunggu lebih lama daripada yang lain. Buat masa ini, tambahan waktu menunggu bagi kebanyakan khidmat bas yang terjejas adalah masa lima minit, dengan sebilangan kecil khidmat bas melihat tambahan pada waktu menunggu melebihi 10 minit.



Penumpang boleh menggunakan aplikasi MyTransport.SG bagi lebih banyak keterangan tentang waktu ketibaan khidmat bas khusus.



Bagi mengurangkan impak pada penumpang, LTA dan operator bas juga akan melaksanakan langkah seperti mengerahkan bas dua tingkat bagi khidmat dengan muatan penumpang lebih tinggi bila perlu.



Ini termasuk khidmat bas yang melintasi kawasan sekolah kerana jumlah penumpang yang bertambah dijangka apabila pelajar kembali dari cuti sekolah minggu depan.



LTA dan operator pengangkutan awam akan memantau keadaan ini secara rapi dan membuat penyesuaian lanjutan mengikut perubahan situasi termasuk ketika lebih ramai pemandu bas kembali bertugas.



"Kami ingin meminta maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul buat penumpang dan memohon sokongan dan pemahaman penumpang sedang kami membuat penyesuaian ini," katanya.



Sebanyak lapan kelompok jangkitan Covid-19 di pusat tukaran bas terbentuk. Lima daripadanya terus bertambah dan pada Khamis (9 September) mempunyai tambahan 16 kes baru di Toa Payoh, Tampines, Boon Lay, Punggol dan Jurong East.



MOH berkata kelompok ini berpunca daripada jangkitan tempat kerja dalam kalangan pemandu bas dan kakitangan pusat tukaran bas dan tiada bukti ia menjangkiti penumpang.



Kelompok pusat tukaran bas Toa Payoh adalah yang terbesar dalam kalangan mereka dengan 190 kes selepas enam kes baru dikesan pada Khamis.



Dalam satu lampiran pos Facebook pada petang Jumaat, setiausaha eksekutif Kesatuan Pekarja Pengangkutan Kebangsaan, Encik Melvin Yong berkata ekoran merosotnya jumlah pemandu bas yang ada kini, sesetengah pemandu perlu tampil bekerja pada cuti rehat mereka.



"Bagi dua minggu sebelum ini, ratusan pemandu bas telah diletakkan dalam perintah kuarantin dan diberi notis jangan keluar rumah kerana kontak rapat mereka dengan rakan sekerja mereka yang diuji positif bagi Covid-19," katanya.



Bantuan juga disediakan buat pemandu bas yang terjejas termasuk yang berupa kiriman barnagan dapur buat mereka yang dikenakan notis jangan keluar rumah (SHN).



"Semua pemandu bas yang diuji positif mengalami tanda jangkitan ringan atau tiada tanda jangkitan. Ramai yang telah pulih dan kini berehat di rumah sebagai sebahagian protokol MOH. Sesetengahnya akan bersedia untuk kembali bekerja seawal minggu depan," katanya.



Beliau menambah pihak kesatuan sedang bekerjasama dengan penyelia depoh tertentu bagi membantu mereka mengurus kembalinya pemandu bas ini bertugas selepas tempoh ketidakhadiran yang dilanjutkan.



Pihak kesatuan sedang bekerjasama dengan operator pengangkutan awam bagi menyediakan lebih ruang buat pemandu bas berehat dan makan di pusat tukaran bas.



Kakitangan yang berehat dan ruang makan di semua pusat tukaran bas awam telah diasingkan dengan hanya seorang kakitangan dibenarkan duduk di satu meja untuk makan, sebagai sebahagian langkah baru mengurangkan jangkitan Covid-19.



Pemandu bas dan kakitangan yang mengendalikan kaunter perkhidmatan di pusat tukaran bas juga tertakluk pada ujian rutin sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >