Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengasuh dari Hougang didakwa racuni dua bayi

Feb 19, 2020 | 10:53 AM



SEORANG pengasuh sedang menjalani perbicaraan selepas didakwa memberi pelbagai ubat atau “racun”, termasuk ubat yang digunakan untuk merawat insomnia dan masalah kegelisahan, kepada dua bayi perempuan di bawah penjagaannya.



Salah seorangnya hanya berusia lima bulan manakala seorang lagi berusia 11 bulan.



Mereka tiada kaitan dengan satu sama lain, lapor akhbar The Straits Times.



Mahkamah daerah mendengar pada Selasa (18 Februari) bahawa bayi perempuan lima bulan itu telah dimasukkan hospital untuk beberapa hari setelah ibunya memerhatikan bayinya tampak “kerap mengantuk” dan “suka meragam”.



Ibu berusia 29 tahun itu, yang tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah untuk melindungi identiti anaknya, memberi keterangan bahawa beliau memaklumkan kepada polis selepas menerima laporan hospital yang menyenaraikan 10 bahan yang dikesan dalam tubuh anaknya. 



Bahan itu termasuk ubat tidur temazepam, antihistamina, klorfeniramina, dan alprazolam, yang digunakan untuk merawat masalah kegelisahan. 



Pengasuh itu, seorang jururawat bebas, Sa’adiah Jamari, 38 tahun, dituduh atas dua kesalahan memberikan racun kepada kededua bayi perempuan itu dengan tujuan menyakiti mereka.



Warga Singapura itu didakwa melakukan kesalahan tersebut pada November dan Disember 2016.



Ibu kepada bayi perempuan lima bulan itu, yang bertugas sebagai pegawai khidmat pelanggan, memberitahu Hakim Daerah John Ng pada Selasa bahawa pada Oktober 2016, beliau telah meletakkan notis di Facebook mengatakan beliau memerlukan pengasuh bagi bayi dan seorang lagi anak perempuannya, yang ketika itu berusia lima tahun.



Selepas Sa’adiah menjawab notisnya, beliau melawat rumah flat Sa’adiah di Hougang dan mendapati ia sesuai untuk anak-anaknya.



Mahkamah dimaklumkan bahawa Sa’adiah telah mula menjaga mereka awal November tahun itu.



Ibu kepada dua anak perempuan itu telah membuat laporan polis pada lewat Disember 2016.



Pada Selasa, beliau berkata anak bongsunya kini dalam keadaan baik.



Perbicaraan akan diteruskan pada Rabu (19 Februari).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >