Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Pengawal keselamatan didenda $4,500 campur sanitiser dalam botol air

Sep 24, 2021 | 05:30 AM



TIDAK puas hati dengan rakan sekerja yang dianggap bergosip terlalu banyak, seorang pengawal keselamatan, 49 tahun, mencampurkan sanitiser tangan ke dalam botol air rakan sekerja berkenaan sebagai usikan - untuk "membasmi mulutnya".



Mangsa, juga pengawal keselamatan, mengalami kesakitan dan iritasi pada tekaknya selepas minum daripada botol tersebut. Namun beliau tidak mendapatkan rawatan perubatan.



Dilip Kumar Gobind, seorang warga Singapura, didenda $4,500 semalam setelah mengaku bersalah atas satu tuduhan melakukan tindakan terburu-buru menggunakan bahan bahaya yang boleh menyebabkan kesakitan pada orang lain.



Mahkamah diberitahu bahawa Dilip sedang bekerja syif malam di sebuah kondominium di Bedok pada April tahun lalu ketika dia melakukan kesalahan itu.



Dia mengambil botol air mangsa, yang sudah setengah diisi air, daripada rumah pengawal dan memasukkan sekurang-kurangnya dua pam sanitiser tangan ke dalamnya.



Mangsa, 54 tahun, dapat merasakan sanitiser tangan itu ketika beliau minum daripada botol tersebut pada keesokan hari, dan meludah sebahagian campuran air itu. Namun, sebahagiannya yang telah pun ditelan menyebabkan kesakitan pada tekak mangsa.



Beliau membuat laporan polis selepas pengawai operasi meninjau semula rakaman kamera litar tertutup pos pengawal dan mengenal pasti Dilip sebagai penjahat.



Timbalan Pendakwa Raya Justin Chua menuntut denda antara $1,500 hingga $2,000 bagi tertuduh.



Beliau berkata pakar toksikologi klinikal telah menilai bahawa larutan air dan sanitiser tangan tidak mungkin menyebabkan kecederaan serius pada mangsa.



Dalam mitigasinya, Dilip berkata dia telah bertindak secara "terburu-buru" dan menyesali tindakannya.



Ketika disoal hakim, dia berkata dia telah menghubungi mangsa untuk meminta maaf tetapi mangsa tidak ingin berbual dengannya.



Bagi kesalahan itu, Dilip boleh dipenjara hingga setahun dan didenda $5,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >