Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengawal keselamatan dijel tumbuk anak remaja perempuannya berkali-kali

Jan 20, 2017 | 08:05 AM



SEORANG pengawal keselamatan menumbuk anak remaja perempuannya beberapa kali kerana terlepas menyertai acara berbasikal malam yang dia daftarkan untuk anaknya itu.

Ia bukan kali pertama dia bertindak begitu.

Mahkamah diberitahu bahawa tertuduh sering mengancam pelajar berusia 14 tahun itu dan ibu tirinya, 50 tahun, dengan ancaman ancaman fizikal dan penderaan ganas setiap hari selama sekurang-kurangnya tujuh tahun.

Bapa berusia 43 tahun itu pada Khamis (19 Jan) dijatuhi hukuman penjara 15 bulan kerana berulang kali menumbuk anaknya di dada, perut, lengan kiri, bahu dan muka di rumah mereka di Commonwealth pada 18 Disember 2015.

Satu lagi tuduhan cuba mencucuk perutnya dengan pensil mekanikal, menumbuknya beberapa kali dan menendang kepala selepas anaknya jatuh, diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Tertuduh tidak boleh dinamakan bagi melindungi identiti mangsa.

Timbalan Pendakwa Raya Tang Shangjun berkata tertuduh pulang pada 18 Dis menjerit kepada isterinya memindahkan barangan di bilik tidurnya supaya tidak mengadang tertuduh.

Kecewa kerana masih terdapat beberapa barang di lantai, dia menjerit dengan kata-ata kesat.

Walaupun setelah keluar bekerja, dia terus memarahi di telefon dan akan "bergaduh" apabila pulang kelak.

Anak perempuannya kemudian melakukan beberapa kerja-kerja rumah. Setelah selesai, beliau tertidur di sofa dan terlepas acara berbasikal malam dekat rumah pada 7 malam.

Oleh kerana bapanya yang menyertakannya, beliau menjadi takut.

Malam itu, tertuduh pulang dengan mulu berbau minuman keras. Dia menjerit kepada isterinya dan menghentak pintu beberapa kali.

Mangsa mahu menghubungi polis tetapi tidak berani. Sebaliknya beliau lari keluar dalam ketakutan dengan ibu tirinya dan duduk di bangku berhampiran rumah mereka.

Tertuduh menemui mereka, meminta maaf dan memujuk mereka pulang.

Setelah berada di rumah, dia menjerit pada anak perempuannya dan bertanya tentang acara berbasikal. Anaknya hanay berdiam diri.

Dia kemudian menumbuk anaknya di perut, lengan, dada dan muka sehingga mulutnya berdarah. Dia terus memukul meskipun isterinya merayu supaya berhenti.

Tertuduh menyuruh mangsa menghubungi penganjur berbasikal malam untuk hadir. Kerana takut, beliau berpura-pura untuk berbuat demikian, dan keluar bersama ibu tirinya.

Isteri tertuduh kemudian menghubungi Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga membuat laporan. Mangsa dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK.

Hakim Daerah Low Wee Ping memberitahu tertuduh bahawa apa yang dia lakukan amat kejam, menyifatkannya pembuli dan bertindak buruk.

Ketika merayu, tertuduh berkata dia insaf, menyesal dan malu dan berjanji tidak mengulanginya.

Dia boleh didenda sehingga $ 4,000 dan/atau dijel sehingga empat tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >