Pengawal keselamatan kondominium didakwa mencabul kehormatan pembantu rumah dalam apartmen, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Pengawal keselamatan kondominium didakwa mencabul kehormatan pembantu rumah dalam apartmen

Nov 05, 2018 | 06:07 PM

SEORANG pengawal keselamatan di kondominium eksekutif (EC) Wandervale baru di Choa Chu Kang Avenue 3 dikatakan memasuki sebuah di apartmen tingkat satu melalui tingkap, menahan seorang pembantu rumah dan mencabul kehormatannya.

Jeffry Ali juga dituduh bersenjatakan gunting pada waktu itu, yang menyebabkan pembantu rumah itu ketakutan.

Hari ini (5 November), warga Singapura berusia 32 tahun itu didakwa di mahkamah dengan satu tuduhan mencabul kehormatan wanita berusia 32 tahun itu.

Insiden yang berlaku pada 5.15 pagi semalam itu menyebabkan ramai pegawai dari Divisyen Polis Jurong dan Komand Operasi Khas (SOC) dikerah melakukan pencarian di kawasan itu selepas Jeffry lari dari apartmen tersebut.

Dia kemudian ditemui di tempat letak kereta dalam kawasan itu.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Jeffry dituduh membuka pakaian wanita itu dan mencium mukanya secara paksa.

Dia kini ditahan reman di Divisyen Polis Jurong dan akan kembali ke mahkamah pada 12 November.

Jika didapati bersalah mencabul kehormatan, dia boleh dipenjara antara dua dengan 10 tahun dan dirotan.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map