Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengayuh basikal digegaskan ke hospital selepas dilanggar bas SMRT di Sembawang

Oct 09, 2019 | 02:03 PM



SEORANG pengayuh basikal dibawa ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan dengan bas SMRT pada Isnin (7 Oktober).



Polis berkata mereka dimaklumkan mengenai kemalangan itu yang berlaku di persimpangan Sembawang Way dan Sembawang Drive, pada 4.33 petang, dan pengayuh basikal berusia 30 tahun itu dalam keadaan sedar apabila dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat.



Dalam video selepas kemalangan itu yang bertular di Facebook, seorang lelaki kelihatan terlentang di tepi jalan sementara seorang lagi lelaki yang mengenakan jaket SMRT dilihat membuat panggilan di telefon bimbitnya.



Pengendali pengangkutan awam SMRT telah mengesahkan bahawa salah satu basnya terlibat dalam kemalangan itu.



Pengarah operasi bas SMRT, Encik Vincent Gay, memberitahu The Straits Times pada Rabu (9 Oktober) bahawa pengendali pengangkutan awam itu telah berjumpa dengan mangsa di hospital, untuk memberi bantuan, sambil menambah bahawa pihaknya sedang membantu siasatan polis berkaitan kemalangan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >