Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Pengecualian sewa sebulan bagi 7,000 peniaga di pasar

Jun 11, 2021 | 05:30 AM



PENIAGA di pasar basah akan menerima bantuan sedang perniagaan mereka terjejas sepanjang tempoh sekatan dek pandemik Covid-19.



Pengecualian sewa selama sebulan akan diberikan kepada sekitar 7,000 peniaga di pasar basah yang dikendalikan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) atau pengendali yang dilantik NEA.



Demikian diumumkan Menteri Negara Kanan Kemampanan dan Sekitaran, Dr Amy Khor, semalam.



Dalam kiriman Facebooknya, Dr Khor berkata, semasa Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) atau P2HA, para peniaga di pasar basah, seperti peniaga makanan lain, terjejas oleh kurangnya pembeli yang datang.



Pengecualian sewa bagi peniaga makanan di pusat penjaja telah diumumkan pada Mei lalu.



Pengecualian tersebut merangkumi separuh jumlah yang perlu dibayar bagi sewa gerai makanan bagi bulan Mei dan Jun.



Pengecualian sewa selama lima bulan telah diberikan kepada peniaga di pasar basah dan gerai makanan tahun lalu, lapor The Straits Times.



Bantuan yang diberikan bertujuan mengurangkan kos operasi bagi para peniaga ini sedang perniagaan mereka terus menderita akibat sekatan dek krisis Covid-19.



Dr Khor menggalakkan kedua-dua peniaga di pasar basah dan gerai makanan yang pendapatan mereka terjejas sekurang-kurangnya 50 peratus disebabkan P2HA mendaftar bagi pembayaran sekali sebanyak $500 di bawah Geran Pemulihan Covid-19.



"Dalam tempoh mencabar ini, mari kita sama-sama menyokong satu sama lain, termasuk para peniaga.



"Harap anda dapat sokong penjaja atau gerai pasar kami pada pembelian anda yang seterusnya," tulis Dr Khor.



Baru-baru ini, Berita Harian melaporkan rata-rata perniagaan penjaja di Geylang Serai berkata perniagaan mereka semasa P2HA merosot antara 60 dengan 80 peratus - sesuatu yang di luar jangkaan memandangkan penjualan mereka jauh lebih rancak semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan (CB) tahun lalu.



Awal sebelum ini, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo berkata penjaja akan diberi bantuan tambahan oleh pemerintah untuk menyertai wadah penghantaran dalam talian.



Ini demi membantu memperbaiki mata pencarian mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >