Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEMENTERIAN SEKITARAN DAN SUMBER AIR (MEWR)

Pengecualian sewa sebulan bagi sekitar 14,000 pegerai

Mar 05, 2020 | 05:30 AM



SEKITAR 14,000 pegerai di 114 pusat makanan yang dikelola Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) atau pengendali yang dilantik NEA akan menerima pengecualian sewa sebulan.



Mereka akan menerima pengecualian sewa sebanyak 50 peratus bulan ini, 25 peratus pada April dan lagi 25 peratus pada Mei nanti, dengan jumlah minimum sebanyak $200.



Demikian diumumkan Menteri Negara Kanan (Sekitaran dan Sumber Air), Dr Amy Khor, dalam perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR) semalam.



"Saya ingin memberi keyakinan kepada penjaja bahawa kami sentiasa menjaga mereka.



"Sebagai sebahagian Pakej Penstabilan dan Sokongan yang diumumkan semasa Belanjawan 2020, kami akan memberikan pengecualian sewa sebulan, dengan jumlah minimum $200, kepada semua pegerai di pusat makanan yang dikendalikan NEA atau pengendali yang dilantik NEA.



"Ini akan membantu mereka dengan kos operasi semasa situasi Covid-19 ini," kata Dr Khor.



Namun, beliau memberi jaminan bahawa pemerintah akan terus memantau keadaan dan bersedia membantu jika lebih banyak bantuan diperlukan.



Wabak Covid-19 juga telah menjadi peringatan kepada warga Singapura tentang peri pentingnya menjaga kebersihan, kata Dr Khor.



"Kebersihan ialah pertahanan pertama kita terhadap ancaman kesihatan awam yang sentiasa berubah.



"Bulan lalu, sebagai respons kepada Covid-19, kami telah melancarkan kempen SG Clean untuk mendapatkan warga Singapura menjaga kebersihan negara dan melindungi kesihatan awam," tambah beliau.



Beliau menambah bahawa piawaian pembersihan nasional akan ditubuhkan.



"Untuk mempercepat transformasi ini, kami akan memindakan Akta Kesihatan Awam Sekitaran (EPHA) untuk memperkenalkan piawaian kebersihan asas wajib tahun ini," umum Dr Khor.



Menjelang 2021, piawaian sanitasi alam sekitar akan diwajibkan bagi pelbagai jenis premis, bermula dengan kemudahan yang menempatkan kanak-kanak dan warga emas, sekolah-sekolah serta pusat makanan.



"Kita tidak tahu berapa lama Covid-19 akan berterusan. Kita memasuki situasi baru di mana kebiasaan kebersihan peribadi yang dipertingkat dan tanggungjawab sosial perlu menjadi sebahagian kehidupan seharian kita," kata Dr Khor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >