LAWATAN PM LEE KE MYANMAR
Pengecualian visa bagi lawatan singkat SG-Myanmar
Jun 08, 2016 | 05:30 AM
DARI NAYPYITAW (MYANMAR): SINGAPURA dan Myanmar semalam mengumumkan pengecualian visa lawatan bagi warga kededua negara mulai 1 Disember ini, sekali gus merintis jalan bagi hubungan ekonomi dan antara rakyat yang lebih meluas lagi kukuh.
Pengecualian visa itu diperkenal bagi pemegang pasport biasa untuk kunjungan tidak melebihi 30 hari.