Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:25
Maghrib
7:19
Isyak
8:27
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

Pengecualian visa bagi lawatan singkat SG-Myanmar mulai 1 Disember

Jun 07, 2016 | 07:26 PM

Dari Naypyitaw (Myanmar): SINGAPURA dan Myanmar semalam mengumumkan pengecualian visa lawatan bagi warga kededua negara mulai 1 Disember ini, sekali gus merintis jalan bagi hubungan ekonomi dan antara rakyat yang lebih meluas lagi kukuh.

Pengecualian visa itu diperkenalkan bagi pemegang pasport biasa untuk kunjungan tidak melebihi 30 hari.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Kaunselor Negara dan Menteri Pejabat Presiden merangkap Menteri Ehwal Luar, Cik Aung San Suu Kyi, menyaksikan pertukaran nota diplomatik antara Duta Singapura ke Myanmar, Encik Robert Chua, dan Menteri Negara Ehwal Luar Myanmar, Encik Kyaw Tin, bagi merasmikan perjanjian tersebut.

Pengumuman bagi pengecualian visa itu dibuat sempena lawatan rasmi tiga hari Encik Lee ke Myanmar.
 

Berita Popular

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map