Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengecualian yuran bagi 8 pasar & pusat penjaja terjejas Covid-19

Aug 01, 2021 | 05:30 AM



YURAN perkhidmatan dan penyenggaraan dan lesen pendudukan sementara bagi gerai-gerai di lapan pasar dan pusat penjaja yang ditutup akibat Covid-19 akan dikecualikan.



Lapan pasar itu adalah yang diselaraskan oleh Majlis Bandaran kendalian Parti Tindakan Rakyat (PAP).



Pengerusi Penyelaras bagi 15 majlis bandaran PAP Encik Lim Biow Chuan dalam satu kenyataan berkata lapan pasar dan pusat penjaja itu telah dikenal pasti sebagai kelompok Covid-19.



Pasar dan pusat penjaja yang terjejas diarahkan tutup selama dua minggu untuk memutuskan rantaian jangkitan dan memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan premis secara menyeluruh.



Pusat penjaja dan pasar yang terjejas adalah Merah View (Blk 115 Bukit Merah View); Hong Lim ((Blk 531A Upper Cross Street); Whampoa (Blk 92 Whampoa Drive); Chong Boon (Blk 543A Ang Mo Kio); Haig Road (Blk 13 dan 14 Haig Road); Chong Pang (Blk 104 Yishun Ring Road); Clementi (Blk 448 Clementi Ave 3); dan Boon Lay Place Food Village (Blk 221B Boon Lay Place).



Bagi menyokong para pegerai, tujuh majlis bandaran yang bertanggungjawab ke atas lapan pasar dan pusat penjaja itu memutuskan untuk mengecualikan bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan, serta yuran lesen pendudukan sementara, sepanjang tempoh penuh penutupan.



Keseluruhannya $70,000 dikecualikan bagi 1,076 pegerai.



Ini sebagai tambahan kepada sokongan yang diberikan oleh pemerintah kepada para pegerai pasar dan penjaja.



"Kami berharap ini akan memberikan sedikit kelegaan kewangan kepada para pegerai kami untuk membantu mereka menangani cabaran yang disebabkan oleh penutupan itu," kata Encik Lim.



Kementerian Kesihatan pada minggu lalu telah mengumumkan bahawa pihaknya sedang menyiasat kes-kes Covid-19 yang melibatkan pasar dan pusat penjaja yang mungkin berpunca daripada para penjual ikan yang mengunjungi Pelabuhan Perikanan Jurong untuk mendapatkan bekalan dan menjualnya di pasar dan pusat penjaja tersebut.



Setakat tengah hari kelmarin, 999 kes Covid-19 dikaitkan dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >