Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengecualian yuran lesen hotel, ejen pelancongan dan pemandu pelancong dilanjutkan ke hujung 2021

Mar 02, 2021 | 06:31 PM



PENGECUALIAN yuran lesen untuk hotel, ejen pelancongan dan pemandu pelancong akan dilanjutkan hingga hujung 2021 sebagai sebahagian usaha untuk membantu pemulihan sektor pelancongan.


Menjawab pertanyaan Anggota Parlimen pada Selasa (2 Mac) mengenai bagaimana sektor itu akan disokong memandangkan sekatan perjalanan yang berterusan, Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan, berkata sekitar 7,000 perniagaan pelancongan telah meraih manfaat daripada Skim Bantuan Pekerjaan pada 2020, dan firma dalam sektor itu akan menerima sokongan gaji lebih lanjut hingga September 2021.


Skim baucar dan kempen SingapoRediscovers, yang bertujuan untuk meningkatkan pelancongan tempatan melalui baucar kredit $100 kepada semua warga Singapura yang berumur 18 tahun dan ke atas, akan terus menjadi penting kerana kedatangan antarabangsa dijangka kekal lemah tahun ini.


Pemerintah sedang mencari cara memperbaiki skim baucar itu, tambah Encik Tan.


Satu wadah untuk pihak berkepentingan pelancongan menghasilkan dan menguji huraian baru, dengan tujuan meningkatkan penggunaan teknologi dan amalan terbaik, akan dibuka tahun ini juga.


Yuran lesen hotel, ejen pelancongan dan pemandu pelancong telah dikecualikan sebelum ini hingga hujung 2020. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >