Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengedar dadah yang dihukum mati ubah-ubah cerita tentang kelayakan pendidikan; petisyen pengampunan presiden tidak berjaya,: MHA

Nov 06, 2021 | 12:40 AM



PENGEDAR dadah yang telah dijatuhkan hukuman mati, Nagaenthran K Dharmalingam, didapati "secara berterusan" mengubah cerita tentang kelayakan pendidikannya, "kononnya bagi mencerminkan kelayakan pendidikan lebih rendah setiap kali dia disoal siasat".



Demikian menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam satu kenyataan pada Jumaat (5 Nov) yang turut mengesahkan bahawa petisyen agar pesalah itu diberi keampunan Presiden tidak berjaya. 



Kes itu mendapat perhatian setelah satu petisyen berasingan dalam talian kepada Presiden Halimah Yacob dimulakan pada 29 Oktober untuk mengampunkan Nagaenthran, seorang lelaki warga Malaysia.


Petisyen dalam talian itu menyatakan banduan itu harus diampunkan kerana dia telah memberi keterangan yang dia "dipaksa" mengedar dadah oleh seorang lelaki yang mengancam untuk membunuh teman wanitanya.


Petisyen itu juga menyatakan Nagaenthran mempunyai kurang daya intelek dan IQ rendah, fungsi eksekutif terjejas dan kondisi gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD).


Lebih 55,000 orang telah menandatangani petisyen itu sejauh ini.


MHA dalam kenyataannya menerangkan Nagaenthran dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 2010 setelah didapati salah mengedar heroin.


Dia mengedar 42.72 gram heroin, atau sama dengan 3,560 straw heroin - cukup untuk memuaskan ketagihan sekitar 510 penagih bagi satu minggu.


Rayuan terhadap sabitan dan hukumannya ditolak pada 27 Julai 2011.


Pada Februari 2015, Nagaenthran memfailkan permohonan untuk menggantikan hukuman mati dengan hukuman penjara seumur hidup.


Antara isu yang dipertimbangkan, semasa permohonan bagi menjatuhkan semula hukuman itu, ialah sama ada tanggungjawab mental Nagaenthran bagi tindakannya terjejas teruk pada waktu dia melakukan kesalahan tersebut.


Mahkamah Tinggi setelah membuat pertimbangan berkata Nagaenthran tahu apa yang dia lakukan dan meneruskan dengan hukuman mati itu.


Ia telah menilai bukti oleh pakar psikiatri, termasuk bukti oleh seorang pakar psikiatri yang dikemukakan peguam bela, bagi pihak Nagaenthran, yang setuju di Mahkamah bahawa Nagaenthran tidak mempunyai kurang upaya intelek.


Mahkamah Tinggi mendapati Nagaenthran berupaya merancang dan mengatur, dan "secara relatif agak mahir untuk hidup secara berdikari.


Dia juga didapati "secara berterusan mengubah ceritanya tentang kelayakan pendidikannya, kononnya bagi mencerminkan kelayakan pendidikan lebih rendah setiap kali dia disoal siasat", kata kenyataan MHA itu.


Mahkamah Rayuan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi dan berkata ia berpuas hati yang Nagaenthran faham jenis tindakannya dengan jelas.


Nagaenthran didapati telah mempertimbangkan risiko kelakuannya, mengimbanginya dengan ganjaran yang dia harap untuk terima, dan memutuskan untuk mengambil risiko tersebut.


"Nagaenthran telah diberikan proses undang-undang yang sewajarnya dan diwakili peguam sepanjang proses itu. Petisyennya kepada Presiden untuk Pengampunan tidak berjaya," kata MHA.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >