ISU pembelian pusat membeli-belah Seletar Mall oleh amanah pelaburan hartanah (Reit) Singapore Press Holdings Ltd (SPH) terus menjadi antara keprihatinan utama pemegang unit reit itu.
Persoalan tentang pengembangan portfolio aset reit itu merupakan antara isu yang dikemukakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) keempat yang diadakan semalam.