Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengendali bas awam baru tawar gaji permulaan lebih tinggi

Nov 13, 2015 | 08:55 AM



PENGENDALI bas awam ketiga Singapura, Tower Transit, mengumumkan pada Khamis (12 Nov) ia akan menawarkan gaji permulaan asas $1,865 sebulan bagi kapten bas warga Singapura.


Syarikat berpangkalan di London itu berkata gaji kasar bulanan boleh mencapai $3,000 dengan pertambahan seperti insentif prestasi, pemanduan selamat, dan kerja lembur kira-kira 10 jam seminggu.


Gaji asas yang ditawarkan pendatang baru itu 5 hingga 15 peratus lebih tinggi daripada yang ditawarkan pengendali bas sedia ada, SBS Transit dan SMRT.


Bagaimanapun, pakej bulanan Tower Transit sama dengan SBS Transit.


Naib Presiden Kanan SBS Transit bagi komunikasi korporat, Cik Tammy Tan, berkata gaji permulaan asas bagi kapten bas warga Singapura syarikat itu ialah $1,775 sebulan, tetapi beberapa elaun dan insentif dimusukkan ke dalam gaji kasar.


"Oleh itu, bersama kerja lembur, kapten bas baru warga Singapura boleh mendapat hingga $3,000 sebulan," ujar beliau, lapor akhbar The Straits Times pada Jumaat (13 Nov).


Menurut akhbar itu, SMRT enggan mendedahkan butir-butir kontrak pekerjaannya, tetapi laporan awal menyatakan gaji asasnya ialah $1,625, kira-kira 15 peratus lebih rendah daripada Tower Transit.


Kapten bas bukan warga Singapura di Tower Transit akan mendapat gaji asas permulaan $1,350 sebulan.


Tower Transit, yang memenangi hak mengendalikan kontrak bas pertama pemerintah Singapura pada Mei, berkata ia telah memulakan "rekaan semula pekerjaan" bagi membolehkan kapten bas tidak melakukan tugas mengisi minyak, membersih dan meletak bas di tempat letak kereta pada akhir setiap hari.


Ia akan menawarkan kakitangan wanita cuti bersalin berbayar selama 26 minggu, lebih daripada 16 minggu yang ditawarkan kebanyakan syarikat, dan menaja kakitangan mengikuti kursus Kemahiran Kelayakan Tenaga Kerja, dan juga kursus diploma dan ijazah.


Tower Transit akan beransur-ansur mengambil alih pengelolaan 26 laluan bas, yang dipanggil pakej Bulim, daripada SBS Transit dan SMRT mulai pertengahan tahun depan.


Ini akan menjejas hampir 500 pekerja pengangkutan awam SBS dan SMRT.


Di bawah garis panduan tiga pihak, mereka perlu ditawarkan pekerjaan oleh Tower Transit dengan syarat-syarat pekerjaan yang tidak lebih rendah daripada yang mereka nikmat sekarang.


Syarat pekerjaan yang diumum pada Khamis itu dibangunkan oleh Tower Transit setelah berunding dengan Kesatuan Pekerja Pengangkutan Nasional.


Dua pihak itu menandatangani satu memorandum persefahaman (MOU) pada Khamis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >