PENGENDALI dormitori pekerja asing kini perlu mendapatkan lesen untuk mengendalikan dormitori setelah satu undang-undang baru diluluskan semalam.
Menteri Tenaga Manusia, Encik Tan Chuan-Jin, di Parlimen semalam berkata seorang pesuruhjaya akan dilantik untuk menyelia pentadbiran Rang Undang-Undang Dormitori Pekerja Asing yang diusulkan semasa bacaan kedua.