Pengendali gerai mengaku salah miliki pistol, lapan peluru, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:10
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Pengendali gerai mengaku salah miliki pistol, lapan peluru

Mar 02, 2021 | 05:30 AM

TIDAK berpuas hati bersama ahli geng yang lain, seorang ahli kongsi gelap di sini membeli pistol daripada Malaysia yang berharga kira-kira $1,400 dan menyeludup pistol itu kembali ke Singapura untuk menakutkan mereka.

Pengendali gerai makanan, Muhammad Ikram Abdul Aziz telah menyimpan senjata api tersebut bersama lapan peluru di flat Jurong West dan ditangkap ketika pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) menyerbu flat itu dalam kes yang tidak berkaitan.

Warga Singapura, berusia 26 tahun, itu mengaku bersalah semalam di atas satu tuduhan memiliki pistol jenis Shooters Sea Hawk, lapor The Straits Times.

Kes yang melibatkan rakannya, Amirul Asyrad Muhammad Junus, 26 tahun, masih belum selesai.

Timbalan Pendakwa Raya Norine Tan berkata kedua-dua lelaki ini adalah rakan rapat dan telah bermain untuk pasukan bawah 18 tahun Tanjong Pagar United pada 2012.

Berita Popular

Mereka kemudian menyertai kongsi gelap yang sama.

Pada Januari 2019, Amirul mendapati seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Faris' memukul bekas isterinya di luar Club Baliza di Marina Square.

Dia kemudian memberitahu Amirul bahawa Faris adalah ahli geng yang lain.

DPP berkata: "Amirul memberitahu Ikram mengenai kejadian tersebut dan meminta nasihat daripada Ikram untuk menyelesaikan masalah itu.

"Amirul ingin membalas dendam atas namanya (isterinya)... pada waktu itu. Ikram memberitahu Amirul agar tidak bertindak terburu-buru dan dia akan membantunya."

Ikram kemudian memilih untuk membeli senjata itu untuk menakutkan anggota geng itu dan menunjukkan kepada mereka bahawa Amirul tidak boleh dibuli.

Ikram pergi ke kedai tatu di pusat membeli-belah Johor Bahru pada Februari 2019 dan bertemu dengan seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai "Boy JB".

Boy JB memberitahu warga Singapura itu bahawa dia akan mencari senjata itu dan mereka saling beri nombor telefon.

Ikram kemudian kembali ke Malaysia beberapa hari selepas itu dan memberikan $900 kepada 'Boy JB'.

Ikram ke Johor Bahru dengan ibu bapanya dalam kereta pada Mac 2019. Dia memindahkan wang tunai RM1,500 (kira-kira S$500) ke akaun 'Boy JB'.

'Boy JB' menemuinya pada hari itu untuk menyerahkan senjata, lelopak peluru dan lapan peluru.

DPP berkata: "Ikram membuat keputusan membawa pulang senjata itu ketika melancong bersama ibu bapanya kerana dia mendapati pegawai kastam jarang memeriksa barangan jika dia bersama ibu bapanya."

Ikram menunjukkan senjata itu kepada Amirul akhir bulan itu ketika rakannya di rumahnya.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map