Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PAWAGAM

Pengendali kecewa kerana pendapatan terjejas tapi sedia hadapi sekatan semula

Jul 24, 2021 | 05:30 AM



PENGENDALI pawagam tempatan berkata mereka bersedia untuk kembali ke Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) mulai kelmarin namun mereka turut meluahkan kekecewaan kerana perlu berbuat demikian.



Menurut laporan The Straits Times (ST), pengarah Pertubuhan Shaw, Encik Mark Shaw, berkata semua cawangan Shaw Theatres sudah bersedia untuk mematuhi garis panduan langkah dipertingkat itu.



Pawagam Shaw Theatres itu beroperasi di sebanyak sembilan lokasi di Singapura.



"Meskipun kami kecewa kerana perlu kembali ke Fasa Dua itu, kami memahami sebab-sebab kenapa dilaksanaka semula langkah berkenaan dan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa," kata Encik Shaw.



"Walaupun sekatan itu telah diperkenalkan semula, kami percaya filem-filem 'blockbuster' yang akan ditayangkan akan terus menarik orang ramai ke pawagam untuk menikmati tayangan filem di skrin yang luas dengan sistem bunyi yang unik," tambahnya.



Pawagam di sini baru sahaja menyambung semula penjualan makanan dan minuman selepas sekatan Fasa Dua itu dikuatkuasakan dari 16 Mei hingga 21 Jun yang melarang mereka berbuat demikian.



Oleh kerana penjualan makanan dan minuman menyumbang kepada sekitar setengah pendapatan sebuah pawagam, larangan seperti itu sekali gus menjejas teruk pendapatan mereka hingga ke tahap paling rendah.



Disebabkan itu, dua lagi pengendali pawagam seperti FilmGarde Cineplexes yang memiliki tiga cawangan dan pawagam bebas yang menayangkan filem seni, The Projector, telah ditutup buat sementara untuk mengurangkan kos semasa tempoh langkah Fasa Dua sebelum ini.



Cik Karen Tan, pengasas The Projector menganggap keputusan kembali ke tempoh Fasa Dua itu sebagai satu kekecewaan, terutama sedang ia telah difahamkan bahawa Covid-19 akan dianggap sebagai endemik dalam kalangan populasi Singapura.



"Kami telah membatalkan tujuh persembahan yang sudah menerima tempahan sepenuhnya kerana larangan persembahan tanpa memakai pelitup," katanya sambil menyenaraikan pelbagai lagi acara yang dibatalkan.



"Larangan menjamu selera di premis tempat makan juga menjejas perniagaan kami. Kami berharap pemerintah akan menimbangkan semula larangan itu dan membolehkan semula orang ramai makan dan minum di dalam dewan dan lobi tempat makan mulai Hari Kebangsaan ini," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >