Subuh
5:39
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Pengendali kemudahan sukan siap kendali langkah selamat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN ISU

Pengendali kemudahan sukan siap kendali langkah selamat

Feb 04, 2022 | 05:30 AM

SEMUA kemudahan sukan dalaman telah memulakan Langkah Pengurusan Selamat Berdasarkan Status Vaksinasi (VDS) pada 1 Februari lalu.

Bagi pengendali awam dan swasta, perniagaan berjalan seperti biasa memandangkan mereka telah bersiap sedia melaksanakan peraturan itu jauh lebih awal.

Mulai Selasa lalu, hanya mereka yang sudah divaksin sepenuhnya atau telah pulih daripada Covid-19 dibenarkan masuk ke kemudahan sukan dan kecergasan dalam sesebuah bangunan.

Bagaimanapun pengecualian diberikan kepada mereka yang tidak layak menerima suntikan vaksin Covid-19 atas sebab perubatan.

Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun juga dibenarkan masuk ke kemudahan ini.

Majlis Sukan Singapura (SportSG), yang mengendalikan 26 kompleks renang dan 24 gimnasium kecergasan di seluruh negara berkata sektor sukan dan kecergasan telah melaksanakan langkah pembezaan vaksinasi bagi kegiatan berisiko tinggi tanpa penggunaan pelitup seperti di gimnasium sejak Ogos 2021.

"Ini termasuk pusat sukan ActiveSG kami, yang telah melaksanakan langkah berdasar status vaksinasi bagi kegiatan dalaman tanpa pelitup sejak tempoh itu.

"Kakitangan kami turut menjalankan pemeriksaan status vaksinasi di pintu masuk sebelum (pengunjung) dibenarkan masuk. Pemeriksaan ketat ini akan diteruskan.

"Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memastikan industri sukan dan kecergasan mengikuti langkah pengurusan selamat terkini, SportSG telah menyediakan maklumat mengenai nasihat yang dikemas kini melalui laman web dan media sosial kami, serta penglibatan tetap dengan pihak berkepentingan dalam sektor sukan dan kecergasan," kata jurucakap SportSG.

Di luar langkah pemeriksaan biasa, pengendali juga perlu memastikan status vaksinasi pengunjung disemak dan direkodkan secara manual atau elektronik.

Encik Rajesh Mulani, pemilik bersama di kemudahan futsal The Cage, yang mempunyai padang di Kallang dan Turf City, berkata beliau terpaksa menggandakan tenaga kerjanya untuk menguruskan langkah itu.

The Cage adalah sebahagian daripada skim perintis yang memerlukan peserta melakukan ujian pantas antigen (ART) di tapak itu 30 minit sebelum setiap perlawanan.

Hanya dua kakitangan diperlukan sebelum ini untuk menjalankan setiap kemudahan, tetapi kini sehingga enam kakitangan diperlukan sehari dengan langkah baru itu.

Bagi pengguna kemudahan futsal seperti Encik Muhammad Hisyam Adnan, 34 tahun, langkah pengurusan selamat sebegitu amat wajar bagi keselamatan semua kakitangan serta pengguna.

"Saya rasa langkah (VDS) itu adil dan selamat. Orang yang divaksin akan rasa tenang kerana tahu bahawa individu yang menggunakan kemudahan yang sama selamat dan boleh bermain tanpa khuatir dijangkiti virus itu," ujar karyawan teknologi maklumat (IT) itu.

Namun, Encik Muhammad Hisyam berpendapat melakukan ujian ART itu agak "menyusahkan" dan mereka yang tidak mempunyai alat itu perlu membelinya sebelum ke pusat tersebut.

Melahirkan pandangan serupa ialah seorang lagi pengguna kemudahan, Encik Abdul Rahim Kamarudin, 30 tahun.

Beliau berharap pihak pemerintah dapat memberikan lebih banyak alat ujian ART kepada penduduk Singapura.

"Ia langkah yang penting untuk mengenal pasti mereka positif virus itu atau tidak sebelum bermain.

"Tetapi ia juga merisaukan kerana kami perlu kerap membeli alat ujian ART untuk menggunakan kemudahan sebegini.

"Oleh itu, adalah baik sekiranya pemerintah dapat memberikan lebih banyak alat ujian ART kepada individu supaya mereka bersedia dan terbuka untuk teruskan hidup dalam norma baru ini," kata penasihat kewangan itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3