Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengendali kereta api perlu penuhi piawaian khidmat lebih bermutu

Jan 16, 2015 | 06:21 AM



PENGENDALI kereta api setempat perlu memenuhi piawaian khidmat lebih tinggi mulai tahun depan.


Mengumumkan demikian, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata langkah tersebut sejajar dengan berakhirnya kerja pembaikan isyarat di Laluan Utara-Selatan.


Antara ketetapan yang perlu dipenuhi ialah meningkatkan kekerapan kereta api daripada sekitar 120 saat kepada 100 saat. 


Kekerapan kereta api di Laluan Timur-Barat adalah 110 saat ekoran keterbatasan teknikal manakala kekerapan di Laluan Timur Laut pula ialah 120 saat, daripada 160 saat sekarang.


Di Laluan Circle, kekerapan kereta api yang perlu dipenuhi ialah 160 saat, daripada 210 saat sekarang.


Di samping itu, LTA berkata pihaknya juga akan memantau dan meneliti gangguan kereta api secara lebih ketat. Ini bagi mencerminkan gangguan dan kesukaran yang dihadapi penumpang.


Dalam pada itu, kelewatan kereta api juga akan diteliti berdasarkan dari mula hingga akhir perjalanan, berbanding penilaian daripada stesen ke stesen yang dilakukan kini. 


Turut ditingkatkan ialah piawaian bagi khidmat di stesen seperti lif, tangga bergerak dan sistem hawa dingin. 


Piawaian daripada sudut keselamatan juga akan ditingkatkan.


Menurut LTA, piawaian baru itu juga akan dipadankan dengan penalti kewangan yang baru.


Penalti tersebut berdasarkan peratusan pendapatan pengendali berkenaan dan bukan berdasarkan had yang tetap seperti yang dikenakan sekarang.


Merumuskan kenyataannya, LTA berkata dengan piawaian baru itu, penumpang boleh menjangkakan masa menunggu yang lebih singkat, perjalanan lebih pantas dan keadaan lebih selesa selain gangguan yang berkurangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >