Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengendali prasekolah giat langkah tarik bakat baru

Selain insentif kewangan, sesetengah prasekolah giat tawar peluang latihan, pertingkat kebajikan guru
Dec 23, 2022 | 05:30 AM



PENGENDALI prasekolah di sini kini mengambil langkah aktif untuk menarik lebih ramai bakat menyertai mereka, termasuk dengan menawarkan pelbagai insentif yang menarik.



Prasekolah Yayasan Masyarakat PAP (PCF) Sparkletots, misalnya, telah menawarkan bonus hingga $5,000 kepada mereka yang menyertai prasekolah itu dari 1 Disember 2022 hingga 31 Mei 2023.



Selain insentif dalam bentuk kewangan, sesetengah prasekolah di sini giat berusaha menarik bakat baru dengan menawarkan pelbagai peluang latihan serta memastikan terdapat banyak usaha untuk menjaga kebajikan mereka.



Malah, ada juga yang menebarkan jala lebih luas hingga ke luar negara untuk mencari bakat sesuai bagi mengisi jurang tenaga pekerja dalam sektor pendidikan awal kanak-kanak itu.



Sejajar dengan pengumuman pemerintah untuk menyokong sektor pendidikan awal kanak-kanak baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PCF, Encik Victor Bay, berkata PCF telah memperkenal skim bonus penyertaan atau 'sign-on' yang dipertingkat untuk menarik lebih ramai bakat dan menyokong pertumbuhan berterusan sektor itu.



Malah, PCF juga telah mempertingkat skim rujukan untuk menggalak kakitangan mereka mengesyorkan teman atau anggota keluarga mereka supaya menyertai prasekolah itu selain menaikkan gaji guru.



Encik Bay berkata PCF turut menyokong inisiatif pemerintah yang membolehkan individu pertengahan kerjaya beralih ke sektor pendidikan awal kanak-kanak, antara lain menerusi Program Penukaran Kerjaya (CCP) yang membolehkan mereka meraih kelayakan yang relevan.



"Sekitar 25 peratus kakitangan baru kami tahun ini merupakan individu pertengahan kerjaya dan jumlah ini konsisten berbanding tahun sebelum ini," ujarnya.



Beliau menambah bahawa mereka berasal daripada pelbagai sektor seperti penjagaan kesihatan, hospitaliti, pendidikan privet, runcit dan logistik sebelum ini.



Namun, dengan kekurangan tenaga kerja kekal sebagai cabaran utama bagi sektor pendidikan awal kanak-kanak di Singapura, Encik Bay berkata PCF akan memulakan usaha merekrut yang intensif bagi satu hingga dua tahun akan datang, termasuk mendekati pasaran serantau secara agresif untuk mengisi jurang tenaga kerja itu.



Selain insentif kewangan seperti bonus penyertaan, insentif rujukan yang dipertingkat serta gaji yang berdaya saing, Kidz Meadow Childcare & Development Centre menawarkan skim lain untuk menggalak kesejahteraan kakitangan dan mendorong mereka agar terus kekal berkhidmat dengan prasekolah itu.



"Sejak kami memperkenal skim itu, kadar perekrutan kami bertambah baik dan... keadaan tenaga kerja kami kembali stabil selepas terdapat gelombang besar peletakan jawatan antara Januari dengan Jun lalu," ujar Pengurus Besar Kidz Meadow, Cik Salhawaty Abdul Ghani.



Bagi NTUC First Campus (NFC), yang mengendali prasekolah My First Skool dan Little Skool-House, mereka amat menghargai guru mereka dan sentiasa meninjau bagaimana menarik dan menyokong tenaga pengajar mereka secara menyeluruh.



Ketua Pegawai Sumber Manusia NFC, Encik Simon Ong, berkata mereka, antara lain, menawarkan gaji yang berdaya saing serta pelbagai peluang latihan dan pembangunan bagi guru prasekolah itu, selain memastikan kebajikan mereka dijaga.



"NFC memandang serius usaha memastikan kesejahteraan guru dan kakitangan kami dijaga, mendengar maklum balas mereka dan melaksana inisiatif untuk meringankan beban kerja mereka serta memperkenal program untuk membolehkan guru dan kakitangan kami menangani kesihatan fizikal dan mental mereka dengan lebih baik," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >