Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

IZIN HINGGA 5 ORANG SEISI RUMAH MAKAN BERSAMA DI KEDAKI KOPI, PUSAT PENJAJA

Pengendali tidak pasti rancangan mudah dilaksana

Kedai kopi tunggu maklumat lanjut mengenai langkah tambahan yang harus diterapkan dalam operasi
Nov 19, 2021 | 05:30 AM



WALAUPUN ramai penjaja di kedai kopi mengalu-alukan langkah membenarkan hingga lima orang seisi rumah yang telah divaksinasi sepenuhnya makan bersama kelak, ada yang bimbang apakah ia boleh dilaksana sepenuhnya.



Disebabkan kekurangan tenaga kerja dan susunan tempat duduk rumit, beberapa pemilik kedai kopi memberitahu Berita Harian mereka masih menunggu maklumat lanjut sebelum membuka kedai kopi mereka kepada hingga lima orang seisi rumah makan bersama.



Isnin lalu, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata ia sedang bekerjasama dengan pengendali untuk melaksana langkah membezakan antara pelanggan sudah dan belum divaksinasi penuh, bagi membolehkan hingga lima orang seisi rumah makan bersama di pusat penjaja dan kedai kopi.



Ia akan dilaksana menjelang akhir bulan ini dengan pelanggan mendaftar masuk melalui SafeEntry.



Pengarah penjualan dan pemasaran Saffrons Cafeteria di Tampines, Encik Ridjal Noor, berkata pihaknya masih menunggu maklumat lanjut, termasuk mengenai langkah tambahan yang harus diterapkan dan cara memeriksa apakah pelanggan daripada isi rumah sama.



Mengatakan beliau keliru mengenai apa harus dilakukan, Encik Ridjal berkata: "Mereka ingin kami mengepung seluruh kawasan dan hanya membenarkan satu pintu masuk dan keluar. Tetapi ia bukan sesuatu yang mudah dilakukan bagi kedai kopi."



Beliau menambah bahawa hanya setelah mendapat maklumat lanjut barulah pasukannya dapat melihat apakah langkah tambahan itu dapat dilaksana di kedai kopi itu.



Walaupun gembira dengan kelonggaran yang bakal diberi, pengurus Mukmin Restaurant, Cik Siti Faridahanim Hashim, berkata langkah tambahan itu mungkin memberi lebih banyak tekanan kepada perniagaannya kerana mereka kekurangan kakitangan.



Beliau berkata kedai kopi berkonsep terbuka dan pemeriksaan TraceTogether serta status vaksinasi dilakukan pemilik gerai, bukan pengendali kedai kopi.



"Saya mengalu-alukan langkah ini tetapi sekarang apabila kami memeriksa status vaksinasi pelanggan, ada masih tidak mematuhi undang-undang.



"Kami tidak mempunyai kuasa menguatkuasakannya, apatah lagi memeriksa alamat rumah mereka. Kami mungkin menghadapi cabaran lain pula.



"Melantik seorang pekerja untuk memeriksa tidak mudah juga kerana kami tidak mempunyai ramai kakitangan," ujar Cik Siti Faridahanim, yang juga pemiliki agensi pelancongan Sha Travel.



Pada pengurus Restoran Keluarga Afghanistan, Encik Mobin Mahmood, berkata apabila kelonggaran makan bersama hingga lima orang seisi rumah diberi kelak, adalah tanggungjawab sosial orang ramai untuk mematuhinya.



"Bagi peniaga, ia satu pilihan yang diberi pemerintah untuk membantu memenuhi keperluan perniagaan dan pelanggan.



"Bagi kami, yang penting kakitangan kami tetap dapat menjalankan tugas mereka dengan baik jika ada kerja tambahan seperti memeriksa setiap pelanggan dalam kumpulan lebih dua orang," ujar Encik Mobin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >