Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengerusi, 2 pengarah SBS Transit akan bersara

Mar 26, 2021 | 05:30 AM



DUA pengarah pengendali pengangkutan SBS Transit akan bersara bersama pengerusi Lim Jit Poh bulan depan.



Dalam satu kenyataan semalam, syarikat itu berkata Encik Benny Lim, yang menyertai lembaga syarikat itu pada 2018, dan ahli kesatuan sekerja veteran John De Payva, yang menyertai lembaga itu sejak 2003, akan bersara semasa mesyuarat agung tahunan pada 29 April.



Persaraan Encik Lim Jit Poh, yang dilaporkan The Straits Times kelmarin, telah lama dijangka. Beliau berkata ia sebahagian daripada pembaharuan lembaga yang bermula empat tahun lalu.



"Saya percaya waktunya tepat untuk saya menyerahkan jawatan kepada seorang pengerusi baru yang akan memimpin kumpulan ini melalui fasa perkembangan seterusnya," kata Encik Lim.



Encik Lim menjadi pengerusi SBS Transit sejak 2003. Namun, perjalanannya bersama kumpulan pengangkutan awam itu bermula seawal 1997 apabila beliau menyertai SBS Bus Services sebagai pengarah, dan kemudian menjadi anggota lembaga DelGro Corp setelah SBS disusun semula.



Beliau akan kekal sebagai penasihat kanan SBS Transit untuk menyediakan kesinambungan kepada kumpulan itu sedang ia mengharungi sekitaran berubah-ubah dalam industri yang dikawal ketat, kata syarikat itu semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >