Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengerusi baru bagi SingHealth, NHG

Jun 26, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Kesihatan telah melantik Pengerusi yang juga Pengarah Urusan Wing Tai Holdings Ltd, Encik Cheng Wai Keung, sebagai Pengerusi baru lembaga Singapore Health Services (SingHealth) mulai 1 Julai.



Encik Cheng akan memegang peranan itu hingga 30 Jun 2024.



Sementara itu, Encik Tan Tee How, timbalan pengerusi National Healthcare Group (NHG) sejak 1 April 2019, pula dilantik sebagai pengerusi kumpulan.



Encik Tan memegang jawatan tersebut dari 15 April lalu hingga 14 April 2024.



Ini diumumkan Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan semalam.



MOH berkata Encik Cheng menjadi anggota lembaga SingHealth sejak 1 Ogos 2013.



Beliau seorang pemimpin perniagaan berpengalaman luas dalam pelbagai sektor.



Encik Cheng juga berkhidmat di pelbagai lembaga sektor swasta dan awam, termasuk sebagai Timbalan Pengerusi Temasek Holdings dan Naib Pengerusi Syarikat Singapore-Suzhou Township Development Pte Ltd, antara lain.



Sebagai ketua SingHealth, Encik Cheng akan menerajui usaha kumpulan itu terus meningkatkan hasil klinikal melalui penyelidikan, inovasi dan pendidikan dan memberi perawatan bernilai kepada pesakit.



Encik Cheng juga akan memainkan peranan penting dalam memimpin SingHealth melalui projek infrastruktur utama seperti pembangunan semula Kampus SGH, dan Hospital Besar Masyarakat New Eastern baru, untuk memastikan pembinaannya selesai tepat pada masanya, tambah MOH.



Encik Tan pula merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan pengasas NHG dari 2000 hingga 2003.



Dengan pengalaman 34 tahun dalam Perkhidmatan Pentadbiran Singapura, Encik Tan akan meluaskan kepakaran tugasnya dengan memimpin entiti awam ke NHG, kata kenyataan MOH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >