PENGERUSI DBS Group Holdings, Encik Peter Seah, telah dilantik sebagai ketua baru bagi Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) menggantikan Profesor Lim Pin, yang mempengerusikan Majlis tersebut dari 2001 hingga 2014.
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam kenyataannya semalam berkata kejayaan penting yang dicapai oleh Profesor Lim dalam tempoh itu ialah mendapatkan syarikat menggunakan pakej gaji yang didorong prestasi, yang membantu melindungi daya maju perniagaan dan pekerjaan.