Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengerusi MAEC Kampong Chai Chee terima anugerah Bintang Bakti Masyarakat (Lintang)

Aug 09, 2021 | 01:23 PM



SEORANG pengerusi  Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat  telah memenangi antara anugerah awam tertinggi sempena Hari Kebangsaan tahun ini.



Encik Zulkefle Abdul Rahman, pengerusi MAEC Kelab Masyarakat (CC) Kampong Chai Chee menerima anugerah Bintang Bakti Masyarakat (Lintang). Beliau antara 15 individu yang menerima penghormatan itu yang antara lain bertujuan mengiktiraf jasa kepada masyarakat dan negara. 



Encik Zulkefle, 72 tahun kini lagi tinggal di Kampong Chai Chee, tetapi berkata beliau masih tetap ke kejiranan itu hampir setiap hari, untuk membantu dalam kerja-kerja masyarakat seperti mengagih-agihkan kit ujian Covid-19 atau berjumpa rakan lama.



Beliau mula melibatkan diri dalam kerja masyarakat pada 1994, semasa estet Chai Chee baru dibina.



"Pada masa itu, semua penduduk berasal dari kawasan yang berbeza di Singapura. Saya berjaya mengumpulkan mereka dan menjalin hubungan masyarakat yang amat kukuh," kata Encik Zulkefle, yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, Melayu dan dialek Cina. 



"Saya mampu bercakap kepada orang dari semua kaum. Apabila saya bercakap menggunakan dialek, mereka beritahu saya "Buay pai"," kata beliau, menggunakan dialek Hokkien yang bermaksud "Boleh tahan".



Turut memenangi anugerah ialah Naib Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Bukit Batok, Encik Suhadi Sarmadi dan Naib pengerusi Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Punggol West, Encik Haja Nizamudeen, yang masing-masing memenangi anugerah Bintang Bakti Masyarakat (BBM). Seramai 50 orang memenangi anugerah BBM tahun ini. 



Mereka antara 5,710 individu yang memenangi anugerah sempena ulang tahun ke-56 Singapura, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataannya. 



Anugerah tertinggi Hari Kebangsaan tahun ini diberikan kepada pengerusi DBS Peter Seah Lim Huat.



Encik Seah juga merupakan pengerusi Majlis Gaji Kebangsaan (NWC), Singapore Airlines Ltd dan juga Kolej Seni Lasalle.



Anugerah Darjah Bakti Utama Bakti Cemerlang pula diberikan kepada pengerusi Lembaga Taman Negara (NParks), Encik Benny Lim Siang Hoe.



Encik Lim, yang telah berkecimpung selama 37 tahun dalam perkhidmatan awam sebelum bersara pada 2016, menjadi pengerusi NParks pada 2018.



Anugerah yang sama turut diberikan kepada pengerusi Majlis Pengangkutan Awam (PTC) Encik Richard Magnus yang juga pengerusi Yayasan Temasek.



Anugerah Hari Kebangsaan, sebuah anugerah tahunan, diberikan sejak 1962 untuk mengiktiraf sumbangan individu dalam perkhidmatan sivil atau tentera, kerja sosial dan masyarakat, atau untuk prestasi cemerlang dalam bidang tumpuan masing-masing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >