Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengerusi PTC meninggal dunia

Mar 15, 2022 | 05:30 AM



PENGERUSI Majlis Pengangkutan Awam (PTC) dan pesara hakim daerah kanan, Encik Richard Magnus, yang menabur bakti lebih 50 tahun dalam perkhidmatan awam, meninggal dunia semalam.



Anak lelakinya, Encik Keith Magnus, memberitahu The Straits Times: "Keluarga kami bersedih atas kehilangan suami, bapa dan datuk yang penyayang.



"Beliau menjalani kehidupannya dengan integriti, matlamat, maruah, perkhidmatan, penghormatan dan nilai moral yang tertinggi."



Mendiang juga merupakan pengerusi pengasas Yayasan Temasek Cares dan timbalan pengerusi Yayasan Temasek.



Encik Richard Magnus telah dianugerahkan Pingat Pentadbiran Awam (Emas) (Lintang) pada 2003, Pingat Jasa Cemerlang pada 2009, Bintang Bakti Masyarakat pada 2015 dan Darjah Utama Bakti Cemerlang bagi Anugerah Hari Kebangsaan 2021.



Encik Magnus bermula sebagai pegawai undang-undang semasa awal kemerdekaan Singapura, kemudian berpindah ke badan kehakiman dan menjadi hakim tertinggi di Mahkamah Rendah, yang kini dikenali sebagai Mahkamah Negara.



Beliau memainkan peranan penting dalam banyak kes, dan menangani beberapa kes berprofil tinggi.



Ini termasuk kes pada 1995 melibatkan pedagang Barings Nick Leeson, yang dipenjarakan enam setengah tahun kerana penipuan dan pemalsuan.



Encik Magnus juga telah memimpin beberapa jawatankuasa siasatan, termasuk bagi kes kebakaran Limbungan Sembawang pada 1992, keruntuhan sebahagian Nicoll Highway pada 2004, serta pencerobohan data SingHealth pada 2018.



Beliau juga merupakan pengerusi pengasas Penguasa Pengawalan Kasino (CRA), dan dilantik pengerusi PTC pada Mei 2014.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >