Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengerusi, setiausaha kuil digantung tugas

Apr 30, 2018 | 06:48 PM



PESURUHJAYA Badan Amal (COC) telah melarang dua anggota jawatankuasa lembaga utama Kuil Sri Veeramakaliamman di Serangoon Road dari memasuki pejabat mereka, selepas siasatan selama lapan bulan mendapati ada kesalahan dalam menguruskan wang kuil tersebut.





Menurut laporan akhbar The Straits Times (ST), Jabatan Ehwal Perniagaan (CAD) juga sedang menjalankan siasatan terhadap kuil tersebut yang merupakan salah sebuah kuil Hindu tertua di Singapura.





Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, COC berkata ia telah menggantung tugas pengerusi kuil itu, Encik Sivakadacham, dengan segera.





Ia juga telah menggantung jawatan setiausaha kuil, Encik Ratha Krishnan Selvakumar, atas kesalahan tersebut.





Siasatan COC mendedahkan kesalahan berkaitan urus tadbir dalam badan amal itu dari tempoh 1 Januari 2011 hingga 31 Julai 2014, khususnya oleh anggota jawatankuasa pengurusan yang menandatangani cek dan meluluskan pembayaran.





Mereka mendapati anggota jawatankuasa tidak berhati-hati dan berhemah dalam melaksanakan tugas mereka, dan menegaskan tingkah laku mereka telah meletakkan dana dan aset kuil tersebut dalam risiko.





Antara Januari 2011 dengan Julai 2014, kuil mengeluarkan cek tidak diselaras berjumlah melebihi $1.5 juta. Sejumlah 45 cek yang bernilai lebih daripada $227,000 turut diberikan kepada mereka yang bukan penerima sebenar.





Selain kededua lelaki berkenaan, Pesuruhjaya itu menyatakan bahawa bekas pengerusi kuil, Encik R. Selvaraju, tidak lagi menyandang jawatan dalam pengurusan kuil.





Mereka juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadapnya jika didapati meneruskan jawatannya.





COC telah melantik tiga anggota lembaga tambahan dalam pengurusan pentadbiran kuil bagi membantu menempatkan kawalan dalaman yang diperlukan di kuil tersebut. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >