Pengerusi Yayasan Lee meninggal dunia
May 11, 2016 | 05:30 AM
PENGERUSI Yayasan Lee, Dr Lee Seng Gee, meninggal dunia dalam keadaan tenang di rumahnya pada 3 petang semalam.
Isterinya, Cik Della, dua anak lelakinya, seorang anak perempuannya, bersama pasangan mereka, serta enam cucunya berada di sampingnya ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.