Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengesanan varian Omicron: SIA ubah beberapa penerbangan S'pura-Afrika Selatan kepada pesawat kargo sahaja

Nov 27, 2021 | 11:53 PM



SYARIKAT penerbangan Singapore Airlines (SIA) telah mengubah beberapa pesawat khidmat penumpangnya ke Afrika Selatan menjadi penerbangan kargo sahaja selepas pengesanan varian koronavirus baru Omicron yang menimbulkan keprihatinan global dan menyebabkan sekatan dikenakan ke atas pengembara dari beberapa negara Afrika.



Penerbangan yang perlu diubah adalah antara Singapura dengan Johannesburg dan Cape Town, jelas SIA kepada akhbar The Straits Times pada Sabtu (27 November).



Penumpang yang terjejas dengan perubahan ini akan menerima pemberitahuan mengenai penerbangan mereka atau pembatalan tempahan.



Mereka yang membuat tempahan langsung dengan SIA boleh menghubungi pejabat SIA tempatan bagi bantuan. Orang ramai dinasihati menghubungi ejen pelancongan atau pesawat rakan kerjasama jika mereka telah membuat tempahan menerusi pihak-pihak berkenaan.



"Kami kekal dipandu oleh pihak berkuasa yang relevan dan pakar perubatan serta akan bekerjasama dengan mereka bagi membuat pengubahsuaian apabila perlu bagi memastikan kesihatan dan keselamatan penumpang kami terjaga," jelas jurucakap SIA.



Pada Jumaat, Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan bahawa semua penumpang dengan sejarah perjalanan terkini ke tujuh negara Afrika termasuk Afrika Selatan, Namibia dan Zimbabwe akan disekat daripada memasuki atau membuat perhentian menerusi Singapura mulai 11.59 malam pada Sabtu.



Sekatan ini juga buat mereka yang sudah mendapat kebenaran awal untuk memasuki Singapura selagi mereka pernah berkunjung ke negara yang tersenarai dalam masa 14 hari lalu.



Warga Singapura dan penduduk tetap yang kembali dari negara berkenaan pula perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di kemudahan khusus.



Varian Omicron ini mula dikesan di Afrika Selatan dan kelihatannya bertanggungjawab menyebabkan kenaikan mendadak kes Covid-19 di negara itu.



Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggapnya sebagai varian keprihatinan pada Jumaat sedang saintis berlumba ingin tahu lebih tentang varian yang dimutasi itu dan sama ada vaksin yang ada kini dapat menanganinya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >