Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengetua baru RGS mahu lahirkan pelajar sumbang kepada masyarakat

Haslinda Zamani dilantik pengetua RGS mulai tahun depan
Oct 19, 2019 | 05:30 AM



MELAHIRKAN generasi pelajar yang bukan sahaja bijak akademik, bahkan sentiasa bersedia untuk menyumbang kepada masyarakat.



Demikian nilai yang ingin diterapkan bakal pengetua Sekolah Perempuan Raffles (Menengah), Cik Haslinda Zamani.



"Saya mahu melahirkan pelajar yang bukan sahaja berjaya dalam pendidikan untuk diri mereka sendiri dan keluarga, bahkan mahu menyumbang kembali kepada masyarakat di sekeliling mereka," ujarnya.



Superintenden kelompok/Cawangan Sekolah (Barat) Divisyen Sekolah itu akan mula mengambil alih jawatan pengetua sekolah itu daripada Cik Poh Mun See bermula tahun depan.



Cik Haslinda, 45 tahun, merupakan antara pengetua sekolah yang bakal dilantik dalam majlis tahunan Pelantikan dan Penghargaan bagi Pengetua menjelang 27 Disember nanti.



Seramai 40 pengetua akan dilantik dengan 21 merupakan pengetua baru yang dilantik.



Dalam satu kenyataan Kementerian Pendidikan (MOE) semalam, proses melantik dan bertukar-tukar pengetua bagi sekolah memberi peluang kepada sekolah untuk meraih perspektif baru selain membolehkan pengetua berpengalaman mengongsi amalan terbaik rentas sekolah.



"Pengetua kita berpeluang untuk meraih cabaran baru dan memperkukuh usaha sekolah yang bakal mereka pimpin," kata MOE.



Mengulas tentang pelantikannya, Cik Haslinda, yang sebelum ini pernah dilantik sebagai Pengetua Sekolah Menengah Tanjong Katong pada 2013, berkata peranan ini merupakan sesuatu yang bermakna baginya.



"Menggalas pucuk pimpinan ini memang merupakan sesuatu yang amat bermakna bagi saya dalam pelbagai aspek.



"Saya merupakan bekas pelajar RGS dan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan guru-guru, staf dan pelajar di sana," katanya.



RGS (Menengah) juga akan berpindah ke Braddell Road tahun depan.



Kini, ia bertapak di Anderson Road.



"Pemindahan ini merupakan sesuatu yang baik untuk sekolah ini agar dapat mendekatkan diri dengan masyarakat.



"Pelajar akan mendapat lebih banyak peluang untuk mendekati masyarakat selain memahami peranan mereka sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat memandangkan mereka akan menjadi pemimpin pada masa depan," ujarnya lagi.



Berita Harian pernah melaporkan bahawa Cik Haslinda memiliki ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama jurusan Sastera Inggeris dan Amerika dari Universiti California, Berkeley.



Beliau juga mempunyai ijazah Sarjana Bahasa dan Sastera Inggeris daripada Universiti Yale.



Kesemua 40 pengetua baru akan menerima surat pelantikan daripada Pengarah Agung Pendidikan MOE, Encik Wong Siew Hoong, semasa majlis pelantikan itu yang akan dihadiri Menteri Pendidikan, Encik Ong Ye Kung.



Semasa majlis itu, MOE juga akan mengiktiraf sumbangan pengetua yang akan bersara dan pegawai pendidikan kanan daripada ibu pejabat yang sebelum ini berkhidmat sebagai pengetua.




"Saya mahu melahirkan pelajar yang bukan sahaja berjaya dalam pendidikan untuk diri mereka sendiri dan keluarga, bahkan mahu menyumbang kembali kepada masyarakat di sekeliling mereka...

Pelajar akan mendapat lebih banyak peluang untuk mendekati masyarakat selain memahami peranan mereka sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat memandangkan mereka akan menjadi pemimpin pada masa depan."

- Bakal Pengetua Sekolah Perempuan Raffles (Menengah), Cik Haslinda Zamani.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >