Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengetua giat tingkat kerjasama pelajar normal dengan berkeperluan khas

Jan 06, 2019 | 05:30 AM



PELUANG berinteraksi bagi pelajar di sekolahnya dengan rakan mereka dari sekolah berkeperluan khas amat dialu-alukan Cik Rasidah Rahim.



Tidak hairanlah Pengetua Sekolah Menengah Queenstown itu begitu bersemangat tatkala berkongsi pengalaman kerjasama antara sekolah itu dengan Sekolah Minds Lee Kong Chian Gardens yang terletak tidak berjauhan.



Mula menyandang jawatan pengetua sekolah tersebut pada akhir 2015, Cik Rasidah, 42 tahun, berkata usaha meningkatkan peluang berinteraksi itu semakin giat dilakukan.



"Peluang pelajar aliran biasa berinteraksi dengan rakan mereka yang berkeperluan khas agak terhad ketika itu. Projek yang kita ada dahulu pun adalah secara ad hoc."



"Saya mahu ia menjadi sesuatu yang lebih mampan," kata beliau ketika dihubungi akhbar ini.



Oleh yang demikian, sejak 2015, lebih banyak program dan kerjasama dijalin antara kededua sekolah tersebut.



Pelajar menengah satu hingga tiga di Sekolah Menengah Queenstown juga diberi peluang menjalankan projek dengan melibatkan pelajar seusia mereka dari Sekolah Minds Lee Kong Chian Gardens.



Peluang berinteraksi antara pelajar aliran normal dengan rakan mereka yang berkeperluan khas adalah penting, malah "kritikal" untuk mencapai keinginan Singapura mempunyai masyarakat yang lebih inklusif, katanya.



"Dengan adanya interaksi sedemikian, pelajar dapat lebih memahami keperluan berbeza orang di sekeliling mereka. Ia juga dapat memupuk sifat empati dalam diri," ujar Cik Rasidah.



Beliau antara pengetua sekolah yang hadir pada Majlis Perjumpaan dan Penghargaan untuk Pengetua (AACP) yang diadakan di Hotel Shangri-La bulan lalu.



Berkongsi lebih lanjut mengenai program yang diadakan, bekas guru Matematik dan Bahasa Melayu itu berkata pelajar sekolahnya mengadakan Buddy Recess (Rakan Waktu Rehat) bersama pelajar Minds.



Pelajar yang terlibat akan makan bersama semasa waktu rehat selain mengajar rakan mereka dari Sekolah Minds Lee Kong Chian Gardens bagaimana membeli makanan dan mendapatkan wang balik yang betul.



Program sedemikian menyediakan peluang bagi pelajar sekolahnya memberi balik kepada masyarakat.



Ia juga sesuai dengan visi Sekolah Menengah Queenstown membina "pemimpin masa depan yang berpegang pada nilai dan komited untuk berkhidmat", tambah Cik Rasidah.



Maklum balas yang diterimanya setakat ini sangat positif daripada pelajar dan guru, menurut beliau.



"Pendidikan bukan setakat menyediakan pelajar bagi menghadapi peperiksaan, malah ia membuka peluang menerapkan nilai-nilai yang dapat membantu mereka mengharungi masa depan."



"Saya percaya setiap anak merupakan hadiah istimewa dan setiap individu berharga dan boleh menyumbang dalam pelbagai cara.



"Oleh itu tugas kita (sebagai pendidik) adalah memastikan mereka mempunyai nilai yang betul," ujar beliau.



Pada masa hadapan, Cik Rasidah mahu meneroka bagaimana teknologi dapat digunakan dalam program-program yang dijalankan antara pelajar sekolahnya dengan rakan mereka yang berkeperluan khas.




"Pendidikan bukan setakat menyediakan pelajar bagi menghadapi peperiksaan, malah ia membuka peluang menerapkan nilai- nilai yang dapat membantu mereka mengharungi masa depan. Saya percaya setiap anak merupakan hadiah istimewa dan setiap individu berharga dan boleh menyumbang dalam pelbagai cara. Oleh itu tugas kita (sebagai pendidik) adalah memastikan mereka mempunyai nilai yang betul."
- Cik Rasidah Rahim, Pengetua Sekolah Menengah Queenstown mengenai visi sekolahnya membina "pemimpin masa depan yang berpegang pada nilai dan komited untuk berkhidmat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >