Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengetua Madrasah Irsyad Zuhri turut turun padang kawal trafik

Jan 06, 2018 | 04:17 PM



BELIAU berdiri di pintu depan sekolah untuk menyambut pelajar masuk ke sekolah dan mengarah lalu lintas, dengan ibu bapa yang sibuk menghantar anak mereka sepanjang minggu pertama sekolah dibuka minggu ini.



Namun, beliau bukan pengawal keselamatan sekolah atau pegawai yang ditugaskan mengarah lalu lintas.



Sebaliknya, beliau merupakan pengetua Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah, Encik Noor Isham Sanif.



Seorang ibu yang anaknya merupakan murid darjah satu di madrasah tersebut, Cik Fadhilah Abbas, telah memuat naik gambar di Facebook yang menunjukkan Encik Noor Isham memakai ves keselamatan berwarna kuning di atas kemeja-T lengan panjang sambil mengarah kenderaan di pintu depan madrasah di Braddell Road itu.



Cik Fadhilah turut berkongsi pemerhatiannya menerusi laman media sosial itu.



“Selama seminggu, saya memerhatikan pengetua Madrasah Irsyad yang rendah hati itu menyambut kedua-dua pelajar dan ibu bapa sementara mengarahkan lalu lintas di pintu depan sekolah. Tak kiralah hujan atau panas, beliau tetap di situ.



“Beliau melihat ke dalam setiap kereta yang memasuki kawasan sekolah, lalu menganggukkan kepala dan senyum – satu cara baik untuk mengenali ibu bapa pelajarnya. Ia juga seolah-olah beliau meyakinkan kami agar tidak bimbang dan bahawa anak kami akan dijaga dengan baik,” kongsi Cik Fadhilah.



Cik Fadhilah, seorang guru berusia 33 tahun, berkata beliau berkongsi pemerhatiannya semasa menghantar anak sulungnya, Hanna Sofea, enam tahun, ke madrasah itu kerana merasakan bahawa perbuatan Encik Noor Isham itu wajar diiktiraf dan dihargai.



Ketika dihubungi Berita Harian, beliau berkata Encik Noor Isham sebagai pengetua sekolah sebenarnya boleh menghabiskan tugasan lain dalam sekolah tetapi sebaliknya, beliau turun padang di pintu depan sekolah pada awal pagi dan kadangkala hanya masuk semula ke dalam sekolah sekitar 7.30 hingga 8 pagi.



Ini menunjukkan bahawa beliau amat menitikberatkan keselamatan, kata Cik Fadhilah.



“Sebagai seorang ibu, saya juga rasa yakin kerana jika pemimpin sekolah ini menunjukkan tindakan sedemikian, saya yakin gurunya juga akan mencontohi beliau,” ujarnya.



Sehingga 4 petang tadi (6 Januari), catatan Cik Fadhilah di Facebook yang dimuat naik semalam itu telah meraih lebih 700 'like' dan dikongsi lebih 140 kali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >