Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WIRA & SRIKANDI DI BARISAN HADAPAN

Pengetua Pekerja Sosial jadi 'mata dan telinga' keluarga pesakit

Apr 26, 2020 | 05:30 AM



SEBAGAI Pengetua Pekerja Sosial Perubatan di Hospital Awam Sengkang, Cik Siti Mariam Mohamd Salim terpaksa menjadi 'mata dan telinga' untuk sebuah keluarga yang tidak dapat melihat anggota keluarga mereka yang terlantar di hospital.



"Saya perlu memberikan mereka maklumat terkini sama ada pesakit itu sudah bangun atau kini boleh duduk," kongsinya.



Dengan langkah ketat yang kini diambil di hospital yang menyekat jumlah pengunjung yang boleh melawat pesakit, Cik Siti terpaksa memainkan peranan demikian meskipun bukan tugasnya untuk melakukan tersebut.



"Bagi saya, apa sahaja yang boleh saya lakukan untuk meredakan perasaan keluarga pesakit, selagi termampu, saya akan cuba lakukan terutama semasa tempoh sukar ini," katanya.



Semasa tempoh Covid-19 ini, para pekerja sosial telah menyesuaikan semula pekerjaan mereka untuk mengurangkan pergerakan.



Tugas ibu berusia 45 tahun yang memiliki dua orang anak ini ialah menyokong keluarga dan pesakit yang dimasukkan dalam wad Unit Jagaan Rapi (ICU).



Sebahagian besarnya, beliau bertanggungjawab untuk menyokong keluarga yang sedang menantikan hasil keputusan ujian atau telah disahkan mengidapi koronavirus dan kini di ICU.



"Memang amat sukar, secara fizikal dan emosi. Untuk mengurangkan pergerakan, tenaga kerja juga telah berkurangan daripada lima kepada seorang atau dua sahaja.



"Apabila kita ada kes yang sedang ditangani, kita selalu dalam keadaan bersiap sedia dan boleh dipanggil untuk kembali ke kerja pada bila-bila masa sahaja meskipun sedang cuti untuk menyokong keluarga yang dalam kebimbangan.



"Tetapi keesokan harinya, kita tetap perlu melaporkan diri ke kerja seperti biasa dan menangani kes-kes baru.



"Hujung minggu juga tidak dikecualikan," katanya.



Selain pesakit dan keluarga, Cik Siti Mariam juga berperanan memberikan sokongan kepada kakitangan hospital.



Ini bagi staf yang amat bimbang terhadap situasi yang mereka hadapi, tertekan akibat kerja atau isu peribadi atau mereka yang telah terdedah kepada jangkitan semasa menjalankan tugas.



"Saya akan turun ke beberapa wad berbeza untuk bercakap dengan mereka dan bertanyakan khabar. Ia juga bertujuan mengucapkan terima kasih kepada mereka dan memberikan penghargaan terhadap kerja keras mereka," ujarnya lagi.



Menurutnya sikap rakyat Singapura terhadap pekerja di barisan hadapan sejauh ini amat memberangsangkan.



"Saya tidak pernah diketepikan mungkin kerana saya tidak memakai uniform. Tetapi apabila saya beritahu orang saya bekerja di hospital, mereka akan terdiam sejenak tetapi tiada kata-kata menyinggung yang dikeluarkan.



"Memang kerja yang saya lakukan amat memenatkan terutama semasa tempoh mencabar ini.



"Tetapi adakah ia bermakna? Sudah pasti!" katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >