Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: WARGA BERBAKTI

Pengetua sekolah dapat inspirasi dari bekas guru-gurunya

Antara 59 pengetua yang dilantik oleh MOE dalam acara tahunan Majlis Pelantikan dan Penghargaan bagi Pengetua
Dec 04, 2021 | 05:30 AM



KAGUM terhadap guru-gurunya yang pernah mengajarnya sejak kecil telah membuat beliau sendiri berazam untuk menjadi seorang guru agar dapat menyumbang semula kepada masyarakat.



Semasa menjadi seorang pelajar, Encik Shawal Hussin, 52 tahun, akur bahawa beliau telah menerima banyak sokongan dan dorongan daripada guru-gurunya untuk berjaya dan menempuhi cabaran hidup.



Beliau terharu dengan sikap guru-gurunya yang prihatin terhadap murid-murid mereka.



"Dulu saya akur saya bukanlah murid yang rajin dan kemungkinan besar pelajar yang sukar ditangani.



"Namun dengan bantuan guru-guru yang membimbing dan mendorong saya mencapai kejayaan, saya minat untuk menjadi seorang guru supaya dapat menyumbang semula kepada masyarakat, sebagaimana saya menerima dahulu," jelas bapa tiga anak itu yang menjadi guru sejak 1995.



Beliau bermula sebagai guru Bahasa Inggeris dan kemudian Ketua Jabatan Kemanusiaan di Sekolah Menengah Queensway.



Beliau kemudian dinaikkan pangkat menjadi naib pengetua sekolah di Sekolah Menengah Zhenghua dan Sekolah Menengah Outram.



Pada 2013, beliau dilantik menjadi pengetua Sekolah Menengah Orchid Park dan baru-baru ini dilantik sebagai pengetua Sekolah Menengah Fuchun.



Encik Shawal adalah antara 59 pengetua yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan (MOE) dalam acara tahunan Majlis Pelantikan dan Penghargaan bagi Pengetua.



Menurut MOE, antara 59 pengetua itu, seramai 24 adalah pengetua baru.



"Pelantikan ini amat bermakna bagi saya kerana ia adalah satu pengesahan, keyakinan dan kepercayaan MOE terhadap saya serta kebolehan untuk terus memimpin dan membimbing guru, kakitangan dan pelajar.



"Saya berasa berbesar hati dan juga bertuah kerana telah diberi kepercayaan dengan satu lagi peluang untuk membuat perubahan," ujar beliau apabila ditanya perasaannya mengenai pelantikan tersebut.



Proses melantik dan menukar pengetua sekolah membolehkan sekolah mendapat manfaat daripada perspektif yang baru, kata MOE.



Antara lain, pengetua yang berpengalaman juga dapat berkongsi amalan terbaik antara sekolah dan mereka juga berpeluang menyahut cabaran baru dan mengukuhkan sekolah yang mereka dilantik untuk memimpin.



"Saya berasa ghairah untuk meneroka bagaimana Sekolah Menengah Fuchun boleh menjalin hubungan perkongsian rapat dengan masyarakat terdekat dan organisasi sokongan sosial di kawasan itu," ujar beliau.



Sebagai pendidik selama 26 tahun, Encik Shawal meluahkan bahawa beliau percaya teknologi memainkan peranan utama dalam pendidikan dan telah memperjuangkan beberapa projek berkaitan Teknologi Maklumat (IT).



"Antara cabaran terbesar dengan penyebaran teknologi adalah berita dan maklumat yang tidak pasti kesahihannya.



"Terdapat banyak suara di media sosial yang membuat dakwaan, sehingga sukar untuk membezakan apa yang benar, separuh benar atau palsu sama sekali," katanya.



Meluahkan harapannya bagi pendidik lain, beliau berkata:



"Saya harap pendidik akan terus ingat akan peluang yang diberikan untuk melibatkan diri dalam melakukan perubahan dalam kehidupan seorang pelajar, serta kesan terhadap pertumbuhan dan pembangunan pelajar tersebut."




"Dulu saya akur saya bukanlah murid yang rajin dan kemungkinan besar pelajar yang sukar ditangani. Namun dengan bantuan guru-guru yang membimbing dan mendorong saya mencapai kejayaan, saya minat untuk menjadi seorang guru supaya dapat menyumbang semula kepada masyarakat, sebagaimana saya menerima dahulu... Saya berasa berbesar hati dan juga bertuah kerana telah diberi kepercayaan dengan satu lagi peluang untuk membuat perubahan."
- Encik Shawal Hussin, yang baru-baru ini dilantik sebagai pengetua Sekolah Menengah Fuchun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >