Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penggemar alam hijau harap pengunjung timbang rasa

Apr 19, 2021 | 05:30 AM



SEJAK pandemik Covid-19 melanda, beliau dan rakan-rakannya mengelak daripada beriadah pada hujung minggu kerana terlalu ramai orang di taman, kata Cik Asnah Abdullah, 66 tahun.



Suri rumah itu gemar bersenam dengan berjalan dan meneroka taman-taman menghijau yang tersedia di Singapura.



Rata-rata mereka berjalan lapan hingga 15 kilometer setiap kali, atau hingga mereka mencapai 10,000 langkah.



Antara tempat yang diteroka mereka ialah Kolam Air Macritchie, Hutan Simpanan Labrador dan Pulau Ubin.



"Jika kami sekumpulan pergi beriadah pada hujung minggu, terdapat banyak lagi kumpulan lain, tetapi pada hari biasa masih okay, tidak seramai," ujar Cik Asnah, seorang ibu dua anak.



Dengan semakin ramai pengunjung ke taman dan ruang-ruang hijau gara-gara Covid-19, Cik Asnah, turut menyaksikan beberapa tindakan buruk orang ramai.



Salah satu contoh ialah mengambil atau memetik buah-buahan atau sayur-sayuran di taman untuk dibawa pulang.



"Kadang-kadang di taman yang kami kunjungi kami melihat pokok-pokok subur dengan buah-buahan atau sayur-sayuran.



"Kami lihat pun rasa geram sebab cantik buahnya dan nampak sedap. Kami pernah jumpa buah jambu, buah tin, daun herba dan sebagainya.



"Tetapi, kami tahu bahawa kami tidak sepatutnya memetik atau mengambil apa-apa dari taman tersebut.



"Namun, ada juga kami melihat beberapa orang berbuat demikian, memetik buah atau sayur untuk dibawa pulang.



"Kami hanya memastikan kami sendiri tidak membuat kesalahan dan kami harus bersikap bertanggungjawab," ujar Cik Asnah.



Selain menjaga jarak selamat dan menggunakan pelitup muka, Cik Asnah juga menasihati pengunjung supaya mengamalkan sikap bertimbang rasa.



"Jika kelihatan kawasan itu semakin ramai orang, cubalah segera beredar supaya orang lain juga dapat menikmati tempat itu," katanya.



Beliau juga berharap pengunjung mengelak bercakap terlalu dekat sesama mereka dan kuat.



Berkumpul dekat satu sama lain memang tidak harus dilakukan kerana pengunjung harus menjaga jarak selamat, namun selain itu mereka juga tidak harus bercakap terlalu kuat, katanya.



Tingkah laku itu bukan menjejas pengalaman orang lain di situ sahaja, malah haiwan yang ada di tempat itu mungkin terganggu, oleh itu pengunjung harus mengelakkan pencemaran bunyi, tambahnya.



Pada Cik Asnah, tanggungjawab sebagai pengunjung ke tempat awam bukan merangkumi mengikut peraturan penjagaan jarak selamat sahaja dalam situasi Covid-19 ini, bahkan menghormati kawasan dan alam sekitar.



Ketua Eksekutif Ground-Up Initiative, sebuah badan tidak mencari untung (NPO), Cik Mei Chang, beliau gembira lebih orang kini keluar meneroka alam sekitar daripada duduk di rumah sahaja.



Namun, beliau berharap pengunjung ke taman menganggap ia bak berkunjung ke rumah orang.



"Jangan bawa balik 'cenderamata' daripada perjalanan anda atau meninggalkan sampah sembarangan.



"Dalam pada itu, pastikan kita mengawal diri. Ini supaya kita dapat mengekalkan ruang dan ketenangan alam semula jadi yang menjadi sebab utama kita memilih untuk berjalan-jalan di taman," ujarnya.



Orang ramai harus lebih berhati-hati mengenai kesan yang akan ditinggalkan mereka di tempat awam begitu yang sekarang semakin dikunjungi ramai.



Jika setiap orang memainkan peranan masing-masing dalam mematuhi peraturan, semuanya akan baik-baik sahaja, ujar Cik Mei Chang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >