Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penggiat muzik raih kepujian kelas pertama NUS

Jul 05, 2021 | 05:30 AM



CEMERLANG dalam pelajaran tidak bermakna minat dalam bidang muzik perlu ditolak tepi.



Malah, Encik Sulaiman Azim Mohamad Daud membuktikan bahawa dengan masa yang diimbangi secara baik, kecemerlangan boleh dicapai dalam apa jua bidang, tidak kira pelajaran mahupun hobi.



Encik Sulaiman, 25 tahun, baru-baru ini berjaya menamatkan pembelajarannya di Universiti Nasional Singapura (NUS) dengan kelulusan ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan, kelas pertama dalam pengajian Sejarah.



Namun dedikasi selama empat tahun di NUS bukan hanya menganugerahkannya segenggam ijazah yang membawa Encik Sulaiman lebih hampir ke arah cita-cita untuk menjadi seorang guru, ia juga wadah bagi beliau meneroka bidang mencipta dan bermain muzik.



Lebih menarik lagi, rakan-rakan yang bermain muzik bersamanya juga secara kebetulan menuntut di NUS, langsung memudahkan mereka untuk berlatih dan membuat persembahan bersama.



"Kami juga tinggal di kampus, jadi biasanya akan berlatih atau 'jam' bersama di bilik (kampus).



"Saya juga sering membuat persembahan di salah satu restoran di NUS. Saya ingat lagi bagaimana saya akan ke kelas dengan gitar dan bergegas ke restoran itu untuk membuat persembahan," katanya yang mula menceburi bidang muzik sejak 2015.



Tambahnya, pengalaman paling istimewa adalah apabila diberikan peluang mempersembahkan lagu ciptaannya sendiri bersama anggota band yang terdiri daripada rakan dari NUS di Esplanade pada 2018.



Beliau akui usaha mengimbangi kededua pencapaian akademik dan minat dalam bidang muzik tidak mungkin dicapai sendirian.



"Memang dari kecil ibu bapa sudah terapkan bagaimana pendidikan boleh memperkasa individu, tapi apa yang terus mendorong saya adalah sokongan dan motivasi yang diterima dari orang sekeliling.



"Mereka sebab mengapa saya dapat capai kejayaan ini, dalam pelajaran dan juga muzik," katanya.



Namun beliau akui cukup bertuah kerana menerima sokongan kukuh daripada keluarga dan tidak perlu bimbang tentang apa-apa selain pencapaian akademiknya.



Beliau kini berkhidmat sebagai guru dan bakal menjalani kursus di Institut Pendidikan Nasional (NIE) tahun depan.



"Impian saya adalah untuk menyumbang kembali kepada masyarakat. Lebih-lebih lagi sebagai seorang yang telah diberi peluang meneruskan pembelajaran di peringkat tinggi, saya percaya kita mempunyai tanggungjawab untuk memberikan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik.



"Untuk itu saya ingin menyumbang untuk memperbaiki masyarakat," ujarnya.



Menurut ibunya, Cik Haslina Abdul Majid, 55 tahun, pencapaian Encik Sulaiman memaparkan dedikasinya terhadap pelajaran, daya tahannya sebagai seorang individu serta kesungguhannya berbincang mengenai pelajaran bersama guru-gurunya.



"Sebagai ibu bapa, memang kita akan terus memberikan sokongan dan kami bangga beliau dapat melakukan yang terbaik dan berharap beliau dapat menyumbang kembali kepada masyarakat dengan caranya sendiri," katanya, seorang penolong pengarah bidang audit.



Suaminya, Mohamad Daud Abdul Rahim, 56 tahun, merupakan pemilik firma rundingcara IT.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >