Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penggiat YouTube Dee Kosh mengaku salah tawar $2,000 kepada budak lelaki untuk dapat seks

May 31, 2022 | 05:30 AM



PENGGIAT YouTube, Darryl Ian Koshy atau lebih dikenali sebagai Dee Kosh, yang menawarkan wang tunai kepada seorang budak lelaki di bawah usia 18 tahun untuk mendapatkan perkhidmatan seksual telah didakwa semalam.



Lelaki berusia 33 tahun itu mengaku bersalah atas satu tuduhan bagi kesalahan tersebut dan juga atas satu tuduhan lain di bawah Akta Kanak-Kanak dan Remaja bagi percubaan eksploitasi seksual terhadap seorang remaja.



Dia juga mengaku bersalah atas satu tuduhan di bawah Akta Filem kerana membuat filem lucah. Dia merakamkan dirinya melakukan aksi seksual bersama seorang lelaki berusia antara 23 dengan 25 tahun.



Sementara itu, empat tuduhan lain diambil kira semasa hukuman dijatuhkan lapor The Straits Times.



Sebelum itu, Koshy diminta supaya menjalani pemeriksaan perubatan di Institut Kesihatan Mental (IMH).



Timbalan Pendakwa Raya Encik Lim Ying Min berkata semasa merakamkan video pada 14 Februari, 2017, Koshy mendekati seorang budak lelaki berusia 16 tahun yang menjual bunga di luar Takashimaya di Orchard Road dan berbual dengannya.



Pada bulan yang sama, dia meletakkan gambar budak lelaki itu di media sosialnya dan menanyakan jika sesiapa mengenalinya.



Seorang rakan budak lelaki itu memberitahu budak itu mengenai pos itu dan menanyakan jika dia boleh berkongsi nombor telefon budak lelaki itu dengan Koshy. Budak lelaki itu bersetuju.



Koshy menghubungi budak itu melalui WhatsApp dan bertanyakan usianya.



Selepas budak itu mendakwa berusia 17 tahun, Koshy menyarankan agar budak itu bekerja dengannya dan dia akan mengajarnya kerja penerbitan. Tawaran itu menarik perhatian budak itu, kata DPP Lim. Koshy kemudian menanyakan jika budak itu membenarkan Koshy melakukan perbuatan tidak senonoh terhadapnya dan menawarkan duit sehingga $2,000 tetapi budak itu menolak.



Pada 6 Mac 2018, dia juga cuba mendapatkan seorang remaja berusia 15 tahun melakukan perbuatan tidak senonoh dengan memintanya melakukan perbuatan seksual dan diberi ganjaran dengan wang.



Koshy hadir di mahkamah dan diwakili oleh Encik Johannes Hadi.



Bagi setiap tuduhan menawarkan wang tunai kepada remaja di bawah 18 tahun untuk mendapatkan khidmat seksual, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda.



Bagi percubaan eksploitasi seksual terhadap orang muda, dia boleh dipenjara hingga lima tahun, didenda hingga $10,000 atau kedua-duanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >