Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penggodam menyamar sebagai pelanggan bank, buat pembayaran kad kredit palsu bernilai $500,000 dengan mencuri OTP

Sep 15, 2021 | 10:05 PM



PENGGODAM luar negara telah menyamar sebagai 75 pelanggan bank di sini untuk membuat sekitar $500,000 dalam pembayaran kad kredit palsu.



Ini dilakukan dengan melakukan kaedah canggih merampas kata laluan sekali (OTP) yang dihantar melalui pesanan ringkas SMS oleh bank.



Penggodam itu telah mengalihkan SMS OTP dari bank ke sistem rangkaian mudah alih luar negara, jelas Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan bersama pada Rabu (15 Sept).



Mereka mengatakan kaedah pengalihan SMS "memerlukan kepakaran yang sangat canggih untuk menjejaskan sistem rangkaian telekomunikasi luar negara".



Transaksi penipuan itu berlaku antara September dan Disember tahun lalu.



Pelanggan bank mengatakan mereka tidak melakukan transaksi dan tidak menerima SMS OTP yang diperlukan untuk menyelesaikan transaksi.



Pihak berkuasa memberi jaminan bahawa sistem perbankan dan telekomunikasi Singapura tidak terganggu.



Pelanggan yang terjejas yang telah mengambil langkah untuk melindungi diri mereka tidak perlu membayar sebarang transaksi palsu sebagai tanda muhibah oleh bank, "memandangkan keadaan unik kes-kes ini", kata pihak berkuasa.



Nama-nama bank yang terlibat tidak didedahkan. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >