Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengguna akan terus dibantu tangani kos elektrik lebih tinggi

Beberapa langkah telah diambil untuk pastikan bekalan elektrik terus disediakan
Dec 14, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan terus membantu pengguna menangani kos lebih tinggi menerusi pelbagai langkah bantuan sedang harga elektrik meningkat.



Berkata demikian semalam, Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, menarik perhatian antara batuan itu termasuk skim bantuan seperti rebat U-Save bagi membantu isi rumah dengan bil utiliti mereka.



Dr Tan, yang juga Menteri Tenaga Manusia, turut menggariskan langkah luar biasa yang telah diambil Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) untuk menjamin bekalan elektrik di Singapura, memastikan ia dapat terus disediakan dan pasaran elektrik di sini terus berfungsi.



Ini termasuk Skim Bantuan Kontrak Elektrik Sementara (TRECS) yang baru diumumkan EMA semalam.



Skim itu antara lain bertujuan membantu pengguna besar elektrik di Singapura, termasuk pusat beli-belah dan prasarana perkilangan, mendapatkan kontrak di tengah-tengah ketidakpastian dalam pasaran elektrik sekarang.



Namun, beliau juga berharap pengguna dapat turut membantu jimat elektrik jika boleh.



"Dunia sedang menghadapi kekurangan bekalan tenaga dan harga elektrik turut meningkat di banyak negara.



"Harga gas sedunia yang lebih tinggi dan isu dengan bekalan gas asli dipaip (PNG) kita juga telah menyebabkan lebih banyak ketidakstabilan dalam pasaran elektrik borong.



"Sementara kita tidak boleh melindungi warga Singapura sepenuhnya daripada harga lebih tinggi ini, kita boleh dan akan terus memastikan pengguna boleh mendapatkan bekalan dan pelan elektrik yang mereka perlukan," kata Dr Tan.



Menerusi satu kenyataan semalam, EMA berkata risiko gangguan kepada bekalan PNG Singapura telah meningkat disebabkan isu penghasilan di medan gas Natuna Barat di Indonesia serta tekanan rendah gas dari Sumatera Selatan.



Akibatnya, pasaran elektrik borong di Singapura turut mengalami ketidakstabilan.



Sebelum ini, EMA telah mengumumkan pelbagai langkah untuk mempertingkat keselamatan dan daya tahan tenaga Singapura.



Ini menyusuli beberapa peruncit elektrik yang memutuskan berhenti beroperasi di Singapura Oktober lalu.



Ketika itu, EMA berkata mereka sedang bekerja rapat dengan peruncit elektrik yang menghadapi masalah, sedang pasaran bekalan tenaga melalui keadaan luar biasa yang menyebabkan beberapa peruncit elektrik menghentikan operasi mereka.



Antara langkah yang telah diambil untuk menjamin bekalan elektrik Singapura termasuk membentuk prasarana gas asli cecair (LNG) siap sedia yang boleh digunakan syarikat yang menjana elektrik (genco) untuk menjana elektrik apabila bekalan gas asli mereka menghadapi gangguan.



Ini juga prasarana sama yang boleh digunakan genco itu bagi TRECS.



EMA berkata mereka juga telah mengarahkan genco untuk memperoleh bahan api yang mencukupi untuk menjana elektrik berdasarkan keupayaan mereka dari 1 Januari hingga 31 Mac 2022.



Ini selain memerlukan mereka mempunyai rizab bahan api di bawah lesen mereka.



Menurut EMA, terdapat juga langkah untuk mengurus tekanan rangkaian gas dengan lebih baik.



EMA berkata mereka juga akan mengarahkan genco untuk menjana elektrik menggunakan bahan api daripada prasarana LNG siap sedia awal sekiranya terdapat potensi kekurangan bekalan tenaga dalam pasaran elektrik borong.



"EMA telah berunding dengan genco berhubung rangka kerjanya dan akan membuat keputusan tidak lama lagi," ujarnya.



EMA akan menyemak sama ada langkah ini masih diperlukan menjelang 31 Mac 2022.




"Dunia sedang menghadapi kekurangan bekalan tenaga dan harga elektrik turut meningkat di banyak negara.



Harga gas sedunia yang lebih tinggi dan isu dengan bekalan gas asli dipaip (PNG) kita juga telah menyebabkan lebih banyak ketidakstabilan dalam pasaran elektrik borong.



Sementara kita tidak boleh melindungi warga Singapura sepenuhnya daripada harga lebih tinggi ini, kita boleh dan akan terus memastikan pengguna boleh mendapatkan bekalan dan pelan elektrik yang mereka perlukan."
- Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >