Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Penalti penumpang lewat tiba: Pandangan tak sekata, alasan berbeza

Pengguna: Aturan baru 'menyusahkan'

Sudah tiga minggu Grab memperkenalkan langkah mengurangkan waktu menunggu daripada lima minit kepada tiga minit bagi tempahan kereta sewa privet.Ini dilaksana sedang Singapura berdepan kekurangan pemandu teksi dan kereta sewa privet sementara permintaan pula meningkat. Sedang langkah itu disambut baik para pemandu, namun ada penumpang merasakan ia membebankan. BERITA HARIAN melaporkan.
Aug 04, 2022 | 05:30 AM

MESKIPUN penumpang Grab memahami perlunya bayaran tambahan dikenakan sekiranya mereka lewat tiba di tempat menaiki kenderaan, pengguna aplikasi itu berkata dengan keadaan yang tidak menentu dek bekalan teksi dan kereta sewa privet yang berkurangan sekarang, penalti itu sesuatu yang "agak menyusahkan".

Encik Hakim Mohamad Zainal Abidin, seorang kakitangan awam yang baru menerima anak pertamanya April lalu, berkata tempoh menunggu sebelum ini, iaitu lima minit, adalah lebih sesuai.

Bagi beliau ia memberinya dan keluarga masa untuk bersiap sedia untuk menuju ke lokasi yang ditetapkan untuk menaiki kenderaan mereka.

Kini, beliau berkata mereka kelam kabut apabila mendapat tempahan daripada Grab.

Grab pada 18 Julai memperkenalkan penalti $3 yang perlu dibayar penumpang bagi setiap tiga minit ditunggu pemandu. Sebelum ini tempoh tersebut ialah lima minit, sebelum penumpang dikenakan bayaran.

Panalti itu dikenakan bagi khidmat JustGrab, GrabCar, GrabCar Plus, GrabCar Premium, GrabPet dan GrabFamily.

Encik Hakim, 27 tahun, menambah ramai pengguna sepertinya cuba membuat tempahan lebih awal memandangkan ia semakin sukar untuk mendapatkan khidmat teksi atau sewa kereta privet, terutama pada waktu sibuk.

"Jadi kami selalunya membuat tempahan awal sikit, untuk lihat penyedia khidmat mana satu yang tawarkan harga yang paling rendah. Kadang-kadang perlu tunggu agak lama, jadi selepas tempahan kami diterima baru kami turun ke kolong blok untuk ke lokasi menunggu," katanya.

"Tapi untuk Grab sekarang ini, kami terpaksa bergegas ke tempat naik kenderaan, bayangkan kami juga membawa seorang bayi," jelasnya.

Encik Hakim menambah, dek bekalan kereta yang semakin berkurangan dan permintaan yang meningkat, beliau kadang kala perlu menunggu sehingga 10 minit sebelum tempahannya diterima.

"Jadi ia tak masuk akal untuk buat tempahan bila kita sudah pun sampai di lokasi menunggu kerana umumnya pengguna buat tempahan sewaktu sedang besiap sedia untuk keluar rumah."

Lain-lain pengguna juga memberitahu Berita Harian (BH) bahawa langkah Grab itu kurang wajar memandangkan negara ini sedang berdepan isu kekurangan pemandu teksi dan kereta sewa privet sementara permintaan terus meningkat dengan kebanyakan sekatan Covid-19 dilonggarkan.

Bilangan pemandu teksi dan kereta sewa privet telah turun 18 peratus sejak Januari 2020, kepada sekitar 57,000 orang sehingga Jun lalu.

Perkara itu juga telah menyebabkan tambang khidmat pengangkutan dari satu tempat ke satu tempat (P2P) naik sejak kebelakangan ini, jelas Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, baru-baru ini.

Cik Nur Faezah Suhairy, seorang penganalisis sebuah syarikat teknologi berusia 26 tahun, berkata beliau faham mengapa langkah itu diperkenalkan kerana penumpang diharap untuk lebih bertimbang rasa terhadap pemandu.

"Pemandu juga perlu menanggung kos jika mereka tunggu lebih lama termasuk kos minyak yang lebih mahal sekarang.

Cik Faezah berkata beliau tidak terjejas dengan langkah itu kerana ia adalah satu kebiasaan baginya untuk berada di tempat naik kenderaan apabila membuat tempahan.

"Saya pun tak suka membuat pemandu itu tunggu saya," tambahnya.

"Namun saya tak tahu adakah ia benar-benar memberi manfaat kepada kedua-dua pemandu dan penumpang atau tidak," katanya.

"Saya kira langkah sebelum ini, dengan penalti dikenakan sesudah lima minit masih adil. Tapi $3 bagi setiap tiga minit agak tinggi bagi sebilangan penumpang," tambah beliau.

Pengguna kerap Grab, Cik Farah Iffah Zulkifli, 26 tahun, turut bersependapat tempoh tiga minit itu agak suntuk bagi pengguna.

"Saya kira terdapat pelbagai situasi di mana tempahan boleh dibuat terdahulu namun akibat keadaan tertentu boleh menyebabkan kami sampai lewat di tempat naik kenderaan, salah satunya apabila di dalam lif di tempat kerja," katanya.


"Saya pun tak suka membuat pemandu itu tunggu saya.
Namun saya tak tahu adakah ia benar-benar memberi manfaat kepada kedua-dua pemandu dan penumpang atau tidak.
Saya kira langkah sebelum ini, dengan penalti dikenakan sesudah lima minit masih adil. Tapi $3 bagi setiap tiga minit agak ketat bagi sebilangan penumpang."

- Cik Nur Faezah Suhairy

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3